Satu laporan polis telah dibuat oleh penduduk kampung Seri Indah terhadap penganjur ceramah dan demonstrasi yang akan dibuat berdekatan dengan rumah YB Dato Hamidah Osman. Matlamat mereka adalah untuk membalas dendam terhadap YB Dato Hamidah Osman di atas pendedahan yang dibuat.
Laporan polis ini membolehkan pihak polis menyiasat samada ceramah dan demonstrasi yang bakal diadakan berdekatan dengan rumah YB Dato Hamidah ada kaitan dengan pendedahan dalam sidang Dun Perak baru-baru ini iaitu mengenai pemilikan tanah sebanyak 10,526 ekar oleh pemimpin cina DAP Perak.
Difahamkan Ketua Pas cawangan Kampung Sungai Rokam Haji Ali bin Hussain merupakan penggerak utama ceramah ini dan akan menjemput bekas AJK Umno bahagian Gopeng yang telah dipecat kerana menyalahgunakan wang parti dan kedudukannya iaitu Nazri Nordin atau cikgu Nazri.
Kemungkinan Ali Hussain telah diarahkan berbuat demikian oleh pemimpin cina DAP tersebut, kerana semalam Ali Hussain dilihat berjumpa dengan pemimpin cina DAP tersebut.
Rumah yang bakal menjadi pentas ceramah adalah rumah cikgu Nazri yang telah disewakan kepada seorang penyewa iaitu en. Lokman. En Lokman sendiri telah membuat laporan polis kerana tidak membenarkan rumah yang diduduki olehnya menjadi pentas ceramah dan fitnah.
Oleh itu semua orang kampung Seri Indah mengharapkan pihak polis tidak memberi sebarang permit kepada mereka kerana hanya seorang sahaja pembangkang dikawasan itu. Ini akan mengakibatkan pihak luar akan datang memenuhi dan mengotori kawasan kampung mereka.
Yang lebih penting sekali mereka kan membuat pencemaran bunyi sehingga jam 01:00 pagi. Bayangkan sebuah kampung yang kecil dan terpencil jika dibuat seperti itu hingga ke pagi mungkin akan berlaku pergaduhan kerana penduduk tidak merelakan kampung mereka diperlakukan sebegitu rupa.
Untuk maklumat Pihak Polis, orang yang penting dalam menggerakkan ceramah bodoh ini adalah Haji Ali bin Hussain seperti dalam gambar dan boleh dihubungi di Kampung Sungai Rokam. Nama agak baik tetapi perangai macam budak-budak. Haji mangkok ini juga pernah mencetus pergaduhan di Kampung Ara Payung dengan memasuki kawasan ceramah YB Dato Hamidah Osman dan cuba buat provokasi - Sungai Rapat Online.
No comments:
Post a Comment