Tuesday, 25 December 2012

4-WD JELAJAH OREN PUAK PR REMPUH PENDUDUK FELDA....???!!!


Dalam Malaysiakini telah ditulis mengenai cerita konvoi jelajah Oren telah 'diserang' orang2 Felda yang melakukan sekatan bagi menghalang puak2 penabur fitnah ini masuk ke kawasan mereka. Menurut Malaysiakini kejadian berlaku lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Dangi-Jelai yang hanya beberapa meter sahaja dari simpang utama ke Felda Bukit Rokan Utara. 



Seorang peserta jelajah Oren khabarnya berdarah di kepala kerana kena tunjal . Tak dinafikan mereka yang melakukan sekatan ini penyokong BN berdasarkan bendera yang dibawa , dan kita tahu mana2 Felda pun adalah kubu kuat BN . Tindakan kumpulan Oren ni menjelajah dari satu Felda ke Felda lain boleh dilihat seperti tindakan cuba memprovokasi, tambahan pula dibawa dengan cerita2 fitnah berkenaan saham FGVH , walhal penduduk2 Felda dah dapat habuannya.




Berbalik kepada cerita kekecohan yang berlaku berhampiran Felda Bukit Rokan Utara tadi . Malaysiakini melaporkan seolah-olah orang yang melakukan sekatan itu dengan sengaja bertindak luar kawal apabila cermin kereta dipecahkan dan seorang peserta jelajah Oren tercedera kepalanya. 

Dari rakaman video yang diperoleh dalam Facebook salah seorang penduduk yang ada semasa kejadian berlaku, dengan jelas sekali ada tindakan yang boleh mengancam nyawa penduduk dilakukan oleh konvoi jelajah Oren  , salah sebuah 4WD dikatakan telah merempuh sekatan dengan agak laju . Tindakan mengancam nyawa itu sudah semestinya menimbulkan kemarahan orang ramai . Sudah lah datang ke tempat orang , kurang ajar pulak tu ? Kenapa hal ini tak dilaporkan dalam Malaysiakini dan media2 pro pembangkang yang lain? Macam SIAL !!!

kredit to En. Razali Zakari kerana berkongsi video dalam Facebook


Sumber :  Bidaman

1 comment:

Anonymous said...

Aksi yang membahayakan nyawa manusia tu. Itu boleh disabitkan dengan cubaan membunuh atau mencederakan nyawa orang lain. Lapuran polis perlu dibuat untuk membantu siasatan pihak PDRM.