Monday 10 December 2012

BENARKAH TENGKU AZLAN KELUAR BN...???

Sebelum ini, teman telah terjumpa satu artikel di blog pro BN yang mengatakan bahawa Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.

Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.




Baca seterusnya.... <  di sini   >

Baru sebentar tadi, berita tersebut telah dinafikan oleh sebuah blog yang juga pro BN. Ikuti tulisan di blog tersebut :
Sebaik saja berita ini menjadi sensasi, ramai yang menelefon menanyakan keadaan yang sebenar. Ada sesetengah tahu saya rapat dengan YBM Tengku Azlan, Ahli Parlimen Jerantut. Saya menafikan kebenaran cerita ini. Namun saya tidak berniat untuk menulis tentangnya.

Akhirnya saya terjumpa sebuah blog pro BN (baca sini)   yang mengutuk 'tindakkan' Ku Lan keluar parti, lantas saya buat keputusan perlu menjawap bagi pihak Ku Lan. Saya menelefon Ku Lan sebentar tadi. Beliau menerangkan kedudukan yang sebenar.


Beberapa hari lepas beliau telah ditemuramah oleh sebuah akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai. Dalam temuramah itu beliau tidak menyentuh langsung soal keluar parti atau menyertai pembangkang. Apa yang beliau nyatakan bahawa beliau akan bersara terus dari politik dan tidak akan bertanding dalam PRU ke 13.

Hasrat beliau untuk bersara sudah dinyatakan sebaik beliau menolak jawatan Timbalan Menteri Luar pada zaman Tun Abdullah. Hingga sekarang beliau masih konsisten dengan kata-katanya. 

Untuk pengetahuan pembaca, YBM Tengku Azlan sudah memaklumkan keadaan sebenar iaitu beliau masih dalam BN dan tidak pernah berhasrat keluar parti kepada Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob selaku Menteri  Besar Pahang.

Saya harap kekeliruan ini terjawap dan minta mana-mana blog pro BN lebih memberi tumpuan membongkar fitnah pembangkang dari membuat spekulasi. Sesuatu berita yang diterima perlu diselidiki dahulu sebelum kita membuat keputusan.
 STB

No comments: