Penulis tidak pasti sama ada
pembaca-pembaca Mynewshub.my sedar atau tidak dengan satu video yang
ketika ini hangat diperkatakan.
Di laman YouTube, seorang anak gadis bernama Tsara Nabilla boleh dikatakan agak popular di laman media itu.
Satu video bertajuk ‘Sedih by Tsara Nabilla’ sudah ditonton oleh orang ramai sebanyak 33,262 kali!
Dalam video sepanjang 6:09 minit itu
hanya memaparkan Tsara menangis dan mempersoalkan apa salah yang
dilakukannya dan kenapa penonton videonya suka menghina dirinya.
Antara video nasihat yang dia sudah buat
adalah ‘Dunia Masa Kini – Remaja Sekarang’, ‘Hina’, ‘Cinta’ dan Tsara
juga gemar merekod nyanyiannya untuk lagu-lagu tempatan yang ada.
Dek kerana minatnya yang suka memberikan
motivasi dan nasihat biar pun masih lagi muda, dirinya dihina dan
dikutuk oleh orang ramai.
Sebab itulah, Tsara membuat video
‘Sedih’ kerana ingin meluahkan rasa sedihnya berikutan sikap manusia
yang suka menghina orang termasuk dirinya.
Kata Tsara, dia hanya suka-suka sahaja untuk membuat vlog dan ingin berkongsi pendapat dengan semua orang.
Walaupun dia merasa sedih kerana dihina
dan dikutuk, gadis itu masih lagi mempunyai semangat untuk terus kuat
walaupun dihina orang.
Malah, dia juga turut mencabar semua
orang yang mengutuk dirinya bahawa, satu hari nanti dirinya akan menjadi
jauh lebih baik dan terbaik dari orang lain.
Video:
No comments:
Post a Comment