Friday, 2 November 2012

TRAJEDI LORI MINYAK REMPUH JAMBATAN.....

maut

RIYADH - Seramai 22 orang terbunuh apabila sebuah lori tangki minyak merempuh jambatan di kawasan perindustrian di sebelah timur ibu negara Arab Saudi hari ini.

Menurut laporan agensi berita SPA, lebih 100 lagi cedera dalam kejadian itu.
Rempuhan menyebabkan kebocoran gas dan letupan yang kuat, sekali gus memusnahkan sebuah bangunan berhampiran.
"Pemandu lori tangki yang terkejut dengan satu kemalangan di laluannya merempuh salah satu tiang jambatan, menyebabkan letupan kuat dan kebocoran gas," kata jurucakap, Kapten Mohamed Hubail Hammadi.
Sebuah bangunan perindustrian yang tinggi ranap sama sekali dalam kejadia itu.
Beberapa bangunan bersebelahan juga mengalami kerosakan.
Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pertahanan, Brig. Jen. Mansour al Turki pula berkata, tragedi berlaku di kawasan persimpangan yang sibuk.

 

Video ihsan The Telegraph
- SinarHarian

No comments: