Ini bukan kebakaran di majlis perkahwinan.... ini adalah kebakaran di sebuah kilang kimia di Belanda.
Berikut dipaprkan beberapa insiden kebakaran di Negara-negara Timur Tengah, selain daripada kebakaran di majlis pernikahan tersebut.
1. September 2003
Sebuah kebakaran di Penjara Al-haer, Riyadh mengorbanka 67 nyawa dan mencederakan 20 yang lainnya. Pintasan arus elektrik dilaporkan sebagai punca kebakaran.
2. MaC 2002
Sebuah Sekolah Menengah Negeri No.31 di Kota Makkah telah terbakar. Dalam insiden kebakaran di sekolah yang kesemua pelajarnya perempuan itu, 15 nyawa terkorban dan 50 orang mengalami kecederaan. Pihak polis menyatakan bahawa punca kebakaran bermula dari putung rokok dilantai paling atas. Pelajar perempuan merokok...???
3. November 2007
Sebuah paip gas yang menghubungkan Haradh - Utsmaniyah bocor dan meledak. Insiden tersebut mengorbankan 40 orang pekerja.
4. Januari 2007
Dua orang pekerja terkorban dan 40 lainnya cedera ketika pembinaan sedang dijalankan di Bangunan Lake Towers Jumerah, Marina - Dubai. Kebakaran terjadi ditingkat 35 yang membuat para pekerja panik. Setelah kejadian insiden kebakaran itu, pembinaan bangunan tersebut dihentikan beberapa waktu.
5. Ogos 2009
Kebakaran ini dipercayai berpunca dari sebuah pelamin di majlis perkahwinan dan telah mengorbankan 57 orang wanita dan kanak-kanak. Kejadian menyayat hati itu berlaku di Jahra, 40 km ke barat Kuwait.Dalang kebakaran tersebut adalah seorang wanita yang ingin menggagalkan pernikahan suaminya dengan istri keduanya. Wanita tersebut telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah setempat.
6. Mei 2012
Sembilan belas orang terkorban dalam kebakaran di Pusat Membeli-belah Mall Villaggio di Doha, Qatar. Mereka yang terkorban termasuk 13 kanak-kanak, empat pembantu, dan dua orang petugas pemadam kebakaran tersebut.
No comments:
Post a Comment