Monday 12 November 2012

SADIS !!! PELAJAR KORBANKAN WANG UNTUK BELAJAR DEMI KASIH PADA AYAH...


Cheng Yixing (56) ialah seorang bapa beranak 3. Setelah kematian isteri beliau membesarkan3 orang anaknya dengan bekerja sebagai petani. Hasil usaha kerasnya salah seorang anak beliau Cheng Jilai (24) berjaya memasuki sebuah universiti.  



Bagi menanggung perbelanjaan pelajaran ananya Chen Yixing bekerja keras. Beliau tidak membenarkan anak beliau bekerja terlalu keras dan lebih suka jika Chen Jilai belajar. Malang bagi Cheng Yixing, beliau disahkan mengidap kanser rektum dan prognosisnya adalah buruk. Beliau mengambil masa terlalu lama untuk berjumpa doktor dan nyawa beliau tidak dapat diselamatkan.....


Malang bagi Cheng Yixing, beliau disahkan mengidap kanser rektum dan prognosisnya adalah buruk. Beliau mengambil masa terlalu lama untuk berjumpa doktor dan nyawa beliau tidak dapat diselamatkan.....


Sebagai permitaan terakhir, Yixing mahu anak beliau Jilai menjaga beliau dihari-hari akhir sementara menanti sakaratul maut. Jilai tidak lupa jasa bapanya dan mengangguhkan pelajaran beliau di Xi’an Aeronautical University. Dua orang kakak beliau sudah berkahwin dan tidak mampu menjaga bapa mereka. Nasib orang miskin di China memang sadis!


Jilai menggunakan duit yang dikumpul beliau untuk belajar di Universiti untuk ubat tahan sakit, membeli keranda, duit neraka, dan kesemua peralatan pengkebumian. Apa yang dikehendaki bapanya dituruti. Jilai tidak tahu apa akan dilakukannya selepas bapanya meninggal. Hendak sambung belajar duit sudah digunakan untuk "perjalanan akhir" bapanya ke liang lahad.



Cheng Yixing meninggal dunia pada 27 Mac lepas. Diharapkan Cheng Jilai, seorang anak yang berhati mulia ini dapat meneruskan pelajaran beliau. Agak sadis jika beliau kandas kerana menggunakan wang simpanan untuk menguruskan bapanya yang sakit.


Nasib baik di Malaysia ada PTPTN. Tak perlu risau duit pelajaran. Boleh pinjam. Di China tiada PTPTN. Ini bukti Malaysia bagus dan Barisan Nasional kerajaan yang perihatan. Untunglah!

.................tidak diketahui apa terjadi seterusnya kepada Jilai.... artikel hanya setakat itu sahaja kerana <  penpatah  >

No comments: