Monday 12 November 2012

SINDIRAN TUN M UNTUK 'ANAK PAPA'

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.


Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Dr Mahathir berkata walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov. - Bernama

1 comment:

Unknown said...

Dr. Mahathir merupakan seorang cendiakawan yang saya hormati...tp jika boleh jika Dr kurang arif tentang agama Islam..juga kepada org lain..jgn le sebut ttg Islam..tentang hak untuk beragama tu mmg hak individu...jika dia ikut nk masuk Neraka..tu adalah haq dia. Kenapa semasa zaman pemerintahan Dr..tk dilaksanakan hukum Hudud...murtad...mandatori hukum BUNUH..kan? Masa Dr berkuasa..sepatutnya Dr lebh faham tentang manusia, kan? Elok le Dr rehat dan buat banyak amal ibadat yg tertinggal semasa jadi PM dulu. Hukum BUNUH ni WAJIB kepada mereka yang murtad atau yang memeluk Islam sekadar sb kahwin, ataupun nak dptkan sesuatu keistimewaan, kan..? Nanti Dr perlu jawb dgn Mungkar Nangkir atas tanggungjawb Dr yang tidak dilaksanakan semasa berkuasa, kan? Waullahualam..