Agenda
Plural dan fahaman liberal yang dibawa Anwar Ibrahim bukan lagi satu rahsia.
Walaupun Anwar masih berdolak-dalih dan tidak berterus-terang mengenainya
tetapi setiap ungkapan, ucapan dan tindakannya menyerlahkan lagi pendiriannya
dalam soal ini.
Anwar
yang menyukai cara hidup bebas menemui keserasian dalam liberalisasi Yahudi
Zionis yang berpegang kepada keterbukaan
atau kebebasan tanpa batasan. Bagi mengelirukan dan memperdaya masyarakat agar
melihat perjuangan mereka sebagai sesuatu yang benar, suci dan murni maka
gologan berfahaman liberal ini merujuk agenda mereka sebagai perjuangan membela
‘hak asasi manusia’.
Bagi menepati keinginan
mereka untuk hidup bebas dan terbuka, mereka berusaha memaksa manusia sejagat
menerima bahawa yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk. Antaranya, amalan
homoseksual, lesbian, transeksual serta gejala pondan. Begitu juga dengan seks
bebas.
Kesemua amalan buruk ini
terbukti membawa kepada berbagai penyakit serta kehancuran kepada struktur
keluarga dan masyarakat, tetapi golongan ini berjuang untuk menobatkannya
sebagai hak yang asas, atau semulajadi, bagi manusia, agar mereka boleh
mengamalkannya tanpa dipandang serong atau dihukum.
Bagi memastikan mereka
berjaya memaksa manusia menerima idea ini, maka mereka wajib terlebih dahulu
menggoyahkan pegangan agama manusia sejagat, terutamanya Islam.
Walaupun secara dasarnya
semua agama melihat amalan buruk di atas sebagai dosa dan salah, tetapi jelas
hanya Muslim yang bersungguh-sungguh memeranginya.
Justeru, terbukti bahawa
pegangan agama Islam adalah jauh lebih kukuh dan teguh berbanding agama lain,
sekali gus menjadi musuh utama pejuang fahaman liberal ini. Kerana itu, Islam
menjadi sasaran mereka tidak kira di mana, sejak dari dahulu dan
selama-lamanya.
Untuk itu, agen, boneka,
NGO, media dan barua atau balaci-balaci digunakan untuk mempromosi idea ini.
Anwar, sebagai salah seorang pendokong fahaman ini, dilantik sebagai ‘barua’
dan dinamakan sebagai bakal pemimpin boneka bagi Malaysia.
Ini bermakna, Anwar
bertanggungjawab memastikan agenda ini tercapai di Malaysia dan mungkin juga di
rantau ini.
Fahaman liberal Anwar
diwarisi oleh Nurul Izzah, anaknya juga bukan satu rahsia lagi. Ini menjelaskan
kenapa pemimpin PKR berada di belakang pejuang murtad seperti Ambiga
Sreevenasen dalam isu IFC serta turut cuba menutup isu murtad di Selangor.
Malah, kumpulan dan
pemimpin yang memperjuangkan LGBT di seluruh dunia juga secara terbuka
meluahkan sokongan kepada Anwar dalam kes liwatnya. Sokongan itu juga adalah konsisten
dengan kenyataan Anwar yang menganggap bahawa undang-undang homoseksual adalah
lapuk.
Berdasarkan hakikat ini,
kita tidak hairan dengan kenyataan Nurul Izzah yang merasakan bahawa adalah
tidak wajar untuk menghalang umat Islam yang ingin murtad. Kenyataan ‘tidak
berlapik’ ini dikecam hebat oleh beberapa pihak termasuk aktivis PAS.
Namun, kenyataan oleh
aktivis PAS bagi menyangkal pandangan Nurul Izzah adalah tidak cukup.
Sebagai parti yang
menggunakan Islam sebagai namanya, dan Ulama sebagai simbol kepimpinannya, maka
teguran atau kecaman terhadap kenyataan Nurul Izzah dilihat terlalu bersifat
politik dan tidak membawa kesan.
Ini kerana, Nurul Izzah
bukanlah ketua pertubuhan mana-mana NGO yang tiada kena mengena dengan PAS.
Bukan juga wanita pingitan yang mana kenyataannya tidak akan membawa kesan
signifikan kepada sesiapa.
Tetapi, Nurul Izzah adalah
pemimpin dalam parti sekutu PAS. Lebih dahsyat, beliau juga adalah anak kepada
bakal Perdana Menteri yang dipersetujui sendiri oleh PAS.
Ini bermakna, kenyataan
Nurul Izzah bukan sahaja membawa pengaruhnya tersendiri tetapi ia juga
merupakan kenyataan bapanya, iaitu bakal Perdana Menteri PR jika memerintah
negara ini. Maka, pastinya, kenyataan tersebut bakal dilaksanakan dalam
pemerintahan PR.
Ini adalah sesuatu yang
pasti, apatah lagi dengan sokongan tidak berbelah bagi DAP yang begitu tegar,
lantang dan degil memperjuangkan negara sekular. Tidak perlu dijelaskan lagi bahawa
fahaman liberal Anwar dengan Negara Sekular DAP mempunyai persamaannya yang
tersendiri.
Justeru, sekiranya PAS
masih lagi hanya ‘mengecam’ kenyataan Nurul Izzah, tetapi tidak mengambil
tindakan signifikan untuk menyatakan ketegasan dalam membela akidah, maka tidak
salah jika dikatakan bahawa PAS juga bersubahat dalam menjayakan perjuangan
Yahudi Zionis untuk melonggarkan pegangan agama umat Islam di Malaysia serta
menyebarkan pluralisme.
Hakikatnya, PAS hanya ada
dua pilihan, iaitu terus menjadi rakan subahat golongan ini atau meninggalkan
mereka dengan keluar parti. Tiada jalan tengah lagi.
Sumber : fb
No comments:
Post a Comment