Wednesday, 7 November 2012

ALAHAI....IZZAH...!!!


Kata orang kalau kita jahil soal agama, usah berbicara mengenainya kerana mungkin apa yang kita ungkapkan diterima oleh orang lain lebih-lebih lagi jika seseorang itu bergelar wakil rakyat.

Sekarang ini ramai yang menjual agama untuk meraih sokongan politik, segala hukum-hakam, hadis, surah dilacurkan tanpa sedikit pun rasa malu mereka kepada Allah SWT.

Begitulah yang cuba dilakukan oleh Nurul Izzah Anwar apabila nekad membawa fahaman pluralisme ke dalam masyarakat kita. Pluralisme agam(religious pluralism) adalah di antara fahaman baru yang diusung oleh PKR. 

Trend pemikiran ini wujud di atas dasar kebebasan, golongan pluralisme ini yakin bahawa agama hanyalah persepsi manusia yang relatif terhadap tuhan yang mutlak, maka seluruh agama tidak boleh mengatakan bahawa agama yang dianuti mereka lebih diyakini benar dari agama-agama lain.

Kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam satu forum yang telah mendapat kencaman ramai pihak jelas menggambarkan di negara kita percubaan membawa fahaman baru ini sedang giat dijalankan melalui parti-parti politik pembangkang.
"Sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.
"Seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain"
 “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah,perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata"
Apa yang anda faham melalui kenyataan ini...?

Dari pemahaman saya, Nurul Izzah menyamakan agama Islam dengan agama-agama lain dan hak kebebasan beragama tidak sepatutnya terpakai kepada bukan Melayu sahaja, ia sepatutnya dilaksanakan untuk semua termasuklah Melayu.

Itu jelas!

Tapi bila sudah mendapat kencaman pelbagai pihak, seperti biasa mereka mula pusing cerita kononnya kenyataannya telah diputar-belit oleh pihak tertentu.





Kepala konek abah kau Nurul!

Mana penjelasan mengenai tidak sepatutnya wujud desakan membezakan Islam dengan agama lain...?


Jika ada yang putar-belit kenyataan kamu, ianya datang daripada portal yang menjadi kebanggan penganut pembangkang iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider :



Paling best dan buat kita pening, adalah hero-hero pembangkang yang cuba membela Naib Presiden PKR dengan mendakwa kenyataan Nurul Izzah hanya kepada bukan Melayu :




Teliti laporan portal pro pembangkang jelas bahawa, penjelasan yang dibuat oleh Nurul Izzah dan penjilat-penjilat Anwar Ibrahim seperti Khalid Samad, Azmin Ali kini semakin tidak jelas dan mengelirukan.

Usah ribut-ribut kasi penjelasannya dong!


Kerana sudah jelas jika 'PAKATAN PLURALISME RAKYAT' memegang tampuk pemerintahan. Umat Islam di negara ini bebas memeluk apa saja agama sebagaimana berlakunya ke atas umat Islam di Indonesia.


Selamatkan Malaysia daripada golongan pluralisme!  < Double-Y >

LIHAT BUKTI VIDEO DI BAWAH....


1 comment:

Anonymous said...

ko nurul izzah jgn sampai orang islam marah..