Friday, 16 November 2012

KOMEN ORANG PAS : DARIPADA MENGAKU ISLAM, TAPI BUAT MAKSIAT, LEBIH BAIK MURTAD...!!!!



Berikut adalah komen yang dihantar oleh seorang pembaca yang mengaku dirinya ahli Pas sejak tahun 1956, di artikel saya di sini >>>

Nurul Izzah betul bila dia berkata tiada paksaan dalam beragama. Kenapa puak-puak Umno ni melatah tak tentu pasal. Memang tak dinafikan orang melayu di negara ini di paksa dan di tekan supaya kekal dengan islam. Undang-undang dijadikan senjata untuk menakut-nakutkan orang melayu supaya jangan meninggalkan islam. Lebih dahsyat lagi perlembagaan penjajah yang dikekalkan oleh Umno(BN) itu sendiri seolah-olah mengugut orang melayu, " jika kau keluar dari islam kau bukan lagi orang melayu dan kau akan hilang segala hak istimewa sebagai orang melayu ". Itu bukan paksaan kah namanya ?



Sedangkan bangsa lain seperti cina dan india mereka tidak dipaksa kekal dalam agama mereka. Sebab itu ada cina yang masuk islam, ada cina yang masuk kristian. Sama juga dengan orang bangsa india. Tapi kenapa bila kena pada orang melayu nak dipaksa, " ohhhh no no no .. you cannot leave islam ".

Kalau seorang melayu itu dah tak minat lagi nak jadi islam tapi kita paksa dia supaya terus berada dalam islam maka dia akan buat perkara-perkara yang menjatuh maruah agama islam. Mungkin kah kemungkaran dan kemaksiatan yang banyak melibatkan orang melayu yang berlaku kebelakangan ini dilakukan oleh orang melayu yang dah hilang minat nak jadi islam tapi dipaksa oleh undang-undang supaya kekal jadi islam walau pun hanya nampak islam pada nama dan pakaian saja. Nama masih Siti Fatimah, pakai seluar jean dan baju T yang ketat sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan, masih mengenakan tudung kepala mengikut feshen terkini .. kerja jadi GRO, kerja jadi social escort, kerja jadi pelacur.

Orang seperti ini lah yang menjadi bualan dikalangan penganut agama lain, " islam tapi kerja GRO, kerja social escort, kerja rumah urut, kerja pelacur " .. mencemarkan nama baik dan kesucian agama islam itu sendiri.

Saya rasa orang seperti ini, " it is better to let them go rather than to keep them ". Saya fikir Nurul Izzah berniat baik iaitu beliau mahu menjaga maruah agama islam supaya tidak dicemari oleh orang melayu yang dah tak berminat lagi dengan islam. Tapi amat malang bila niat suci Nurul Izzah itu telah diputar belit oleh musuh politik bapaknya iaitu Anwar Ibrahim.

Umno mengkritik Nik Aziz, Hadi Awang dan Pas amnya kerana membisu terhadap kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah. Sebenarnya Pas juga sependapat dengan Nurul Izzah, " kalau orang itu dah tak minat nak jadi islam lagi, biarkan lah dia pergi, jangan guna perlembagaan untuk memaksa dia kekal ". Sebab itu Pas berulang kali menegaskan Hudud yang ingin dilaksanakan oleh kami sama sekali tidak melibatkan orang bukan islam. Orang melayu pun kalau dia bukan islam lagi maka Hudud tidak ada kena mengena lagi dengannya.

Ahli Pas 1956

****PAS menggalakkan orang Islam supaya murtad..!!! Ke mana perginya slogan PERJUANGAN yang PAS agong-agongkan selama ini...??? Adakah patut, sebuah parti politik ISLAM membiarkan sahaja orang Islam supaya murtad malah menggalakkannya...!!! Patutkah..???? Sial....!!!!

4 comments:

Anonymous said...

walaupun dia buat maksiat,sekurangnya dia masih ada peluang utk taubat kepada Allah

tapi kalau dah murtad....tidak mengEsakan Allah,tidak menganggap Allah itu Tuhan yg wajib disembah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah...pepaham sendiri la apa kata Quran..

Anonymous said...

Ini adalah ahli hamPAS paling bodoh ! Dia tafsir ayat Quran tentang ayat "tiada paksaan dlm Islam" ikut akalnya yg dangkal lagi bodoh. Jadi ahli PAS ini setuju melayu utk murtad? Ini akidah kufur dan sesat siapa ni? Inilah hasil PAS sujud kan kepala kpd penjuangan negara kebajikan yg di persetujui oleh DAP kafir laknatullah dan PKR munafikun perjuang LGBT.
Beliau patut sedar bahwa, sekiranya seorang islam itu melakukan maksiat seteruk mana sekali pun, ianya masih lagi ada peluang untuk bertaubat kpd Allah kerana ia masih dlm Islam. Tetapi sekiranya beliau murtad, maka tidak akan ada lagi peluang utk kembali kpd Allah kerana telah dijatuhkan syirik. Dia sepatutnya dihukum bunuh menurut Islam sekiranya mengistiharkan dirinya telah murtad. Apa PAS tak menyokong hukum HUDUD yg sebenarnya utk org Islam yg ingin murtad?

musafir said...

Ahli PAS 1956 bukan orang PAS. Tapi orang PKR dlm PAS

Otak geliga said...

org TUA PAS tu tak dpt bezakan mana lebih penting/PERLU DIDAHULUKAN....AQIDAH atau SYARIAH?

Org Tua PAS tu jugak rupa2nya tak faham berkenaan Hudud....apakah hukumnya bg org Islam yg MURTAD/KELUAR ISLAM?

di dalam Al-Quran sendiri Allah swt sebut:
Sesiapa yang murtad daripada kalangan kamu daripada agamanya, lalu dia mati di dalam kekafirannya, maka amalan mereka menjadi sia-sia belaka di dunia dan di akhirat. Mereka itulah penghuni-penghuni neraka. Mereka akan kekal di dalamnya (al-Baqarah: 217)

Rasulullah saw juga:
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia (al-Syaukani)

Jadi....org Tua PAS tu ikut FAHAMAN apa sebenarnya?