Friday, 16 November 2012

BAGAIMANA NIA RAMADHANI SELEPAS MELAHIRKAN....???


Masih ingat dengan Nia Ramadhani?
Pelakon cantik yang suatu waktu menghiasi banyak sinetron Indonesia yang disiarkan di layar tv di negara ini dan menjadi kegilaan ramai ..... terutama wanita yang gemar melekap depan tv untuk menyaksikan episod demi episod tanpa jemu walaupun kekadang ceritanya membosankan dan meleret-leret.
Antara sinetron yang popular yang dibintangi oleh Nia Ramadhani adalah Bawang Merah Bawang Putih.



Sebagaimana yang diketahu ramai, Nia Ramadhani pada mulanya dikhabarkan bercinta dengan vokalis kumpulan muzik Samsons tetapi berpisah akhirnya dan selepas itu, Nia telahpun mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang bilionaire Indonesia, Adrie Bakri.


Majlis perkahwinan mereka pada April 2010, dilangsungkan secara besar-besaran, meriah dan gilang-gemilang dan dicatatkan sebagai yang paling mahal dalam sejarah industri hiburan Indonesia apabila dikatakan menelan belanja sebanyak US10 juta (lebih kurang 90.2 billion rupiah). Paling 'menyeramkan' apabila cincin perkahwinan mereka yang bertakhtakan berlian mengandungi darah Nia dan Adrie !!


Gambar Nia ketika kehamilannya berusia 7 bulan dan ketika ini berat badannya telah mencecah 84 kg..!



Hamil 7 Bulan Berat Badan Nia Ramadhani 84 Kilogram

3 Jun 2012, Nia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan melalui kelahiran caeser...

Selamat, Nia Bakrie Lahiran Putri Pertama

Jom tengok....... betapa chubby nyer, wajah Nia Ramadhani selepas bergelar ibu.... 





Nampaknya, jika Nia ingin mendapatkan semula berat badan seperti sebelumnya.... perlu bekerja keras dan bersungguh-sungguh.... tapi tiada yang sukar rasanya untuk isteri seorang billionaire ini melakukannya!

***Pssss...tttt...!!! Ini kisah sudah lama ada di pasaran, tapi sesaja publishkan sebagai penambah perisa blog teman pepagi Jumaat ni.... hehehe.....






No comments: