Mereka berdua mencabar subjek yang sama iaitu perlembagaan persekutuan. Perkara yang mahu dipinda adalah yang berkaitan dengan agama Islam, Melayu dan Bumiputera. Apakah kenyataan Nurul Izzah dan Irene Fernandez sudah pun dirancang awal?
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”
Itulah kenyataan yang disebut oleh Nurul Izzah dalam forum “Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?” di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November 2012. Mengapa soal agama Islam dibincangkan di Gereja? Mana Exco yang menjaga agama Islam di Selangor?
Apakah sewaktu Nurul Izzah menyebut kenyataan tersebut beliau tidak sedar ada wartawan Malaysiakini dan ada kamera yang sedang merakam percakapannya?
Tentu sedar. Ini bermakna, Nurul Izzah membuat kenyataan itu secara sedar, tiada paksaan dan bukan sesuatu yang disengajakan. Oleh itu, mengapa tidak mahu memohon maaf dan tarik balik kenyataan? Mengapa pihak lain pula yang dipersalahkan oleh Nurul?
Pihak yang dipersalahkan adalah Utusan dan media perdana, padahal kenyataan asal Nurul Izzah itu sudah ada dalam bentuk rakaman video dan pihak pertama yang mengulas pada hari yang sama (3 November) forum tersebut dibuat adalah Malaysiakini dalam artikel di atas (baca sini). Mengapa tidak disaman dahulu Malaysiakini?
Sembilan hari selepas itu, 12 November 2012 terbit pula satu laporan bertajuk “Washing the Tigers: Addressing Discrimination and Inequality in Malaysia”. Artikel berkaitan dengan laporan ini dilaporkan pertama kali oleh Malaysian Insider pada 14 November 2012 (baca sini).
Kajian yang berat sebelah dan tidak tepat itu jelas sekali memburukan reputasi perpaduan kaum di negara ini. Berat sebelah kerana kajian hanya menggunakan sumber daripada sebelah pihak sahaja. Berat sebelah kerana kajian tersebut lebih cenderung kepada politik kepartian PAS-PKR-DAP bukannya satu kajian akademik dan bebas. Malah data-data asal dan figura yang menyakinkan tidak ditonjolkan untuk dijadikan sebagai sumber. Hanya beberapa orang di atas sahaja yang terlibat dalam kajian.
Terlalu subjektif dan imaginatif beberapa orang pengkaji sahaja yang kebetulan pula memang mahu menjadikan isu ini sebagai isu politik. Persepsi awal dicetuskan melalui kajian (kononnya), melalui dapatan kajian mereka cuba merumuskan sesuatu untuk dijadikan pendapat umum. Rumusan itu akhirnya akan dijadikan modal untuk mengelirukan rakyat, mencemuh perlembagaan dan memusingkan propaganda bagi mendapatkan undi dalam PRU13 nanti.
Yang dipertikaikan sekarang oleh Nurul Izzah adalah Perkara 3 (Agama Islam) dan yang dicabar oleh Irene Fernandez adalah Perkara 153 (Hak Istimewa Orang Melayu). Mencabar dua perkara ini bermakna mencabar kuasa Raja-Raja Melayu. Ini kerana untuk meminda dua perkara ini perlukan kuasa 2/3 parlimen dan persetujuan Majlis Raja Raja.
Apa motif sebenar Nurul Izzah (melalui Malaysiakini) dan Irene Fernandez (melalui Malaysian Insider) mencabar dua perkara ini (Perkara 3 dan Perkara 153)? Apakah pakatan pembangkang yakin mendapat 148 kerusi (2/3) di parlimen? Tentu tidak dalam pilihan raya akan datang.
Motifnya adalah untuk mengikis keyakinan rakyat terhadap perlembagaan yang sedia ada, mencetus keraguan di kalangan orang muda yang belum fasih dan faham Perkara 3 dan 153, serta yang paling dibimbangi oleh umat Islam adalah mereka ingin menyemai fahaman pluralisme di negara ini.
Apakah semua ini dirancang? Boleh jadi, kerana mereka mahukan sesuatu daripada pihak yang menaja agenda pluralisme ini seluruh dunia. Ini agenda menentang Keluhuran Perlembagaan (Perkara 3 dalam Rukun Negara)
sumber : angin perubahan / source KLXPRESS
No comments:
Post a Comment