Sebut pasal musim melancong, bagi sebahagian keluarga, setiap musim cuti sekolah hujung tahun adalah menjadi rutin bagi mereka untuk bercuti bersama keluarga. Bagi keluarga berada, sudah pasti destinasi pelancongan yang menjadi pilihan adalah di luar negara dan itu adalah lumrah. Pastinya hotel tempat penginapan pun bukan calang-calang. Tak main la hotel badget or berkhemah kat tepi-tepi jalan.
Pernahkah anda melalui pengalaman yang menyeramkan di hotel di luar negara tempat anda dan keluarga menginap...? Adakah di hotel-hotel berikut...?
1. Dalhousie Castle, Edinburgh, UK
Hantu Lady Catherine dikatakan menghantui Dalhousie Castle di Edinburgh. Legenda mengatakan bahawa Lady Catherine telah meninggal dunia kerana patah hati akibat cinta. Para pengunjung dan tetamu hotel mengatakan bahawa mereka telah melihat hantu Lady Catherine merayau-rayau di lorong-lorong, mendengar gemerisik gaunnya sambil mengetuk-ngetuk pintu. Kakitangan dan tetamu mengatakan mereka dapat merasakan perasaan seseorang menekan di bahu dan menarik rambut mereka.
2. Tulloch Castle, Dingwall, UK
Beberapa tetamu yang pernah bermalam di bilik nombor 8 berkata, mereka kerap terbangun ketika tidur ketika merasakan sukar bernafas akibat dicekik oleh seseorang. Salah seorang tetamu bula menceritakan bagaimana dia merasa kesejukan yang teramat dan melihat dua orang gadis sedang duduk di dadanya sedang berusaha untuk mencekiknya. Para pengunjung lain pula mendengar derap kaki orang berjalan di bilik Pink dan Aula Besar malah mendengar gagang pintu direntap-rentap selain dari suara-suara aneh yang menyeramkan di malam hari..
3. Ballygally Castle Hotel, UK
Bekas benteng pada 1625, dikatakan hantu Isobella Shaw sering menampakkan diri kepada tetamu sebelum menghilang. Menurut legenda setempat, Lord Shaw mengunci Isobella di bilik setelah ia melahirkan putera mereka. Dia meninggal dunia ketika jatuh dari jendela dalam usaha untuk melarikan diri. Legenda mengatakan bahawa Isobella mencari perlindungan untuk anaknya.
4. Bear Hotel, Hampshire, UK
Di hotel yang dibina pada tahun 1795, tetamu melaporkan melihat hantu pembantu rumah yang meninggal dalam Bilik bernombor 22. Mereka mengatakan hantu itu duduk di tepi tempat tidur mereka!
5. Fairmont Banff Springs, Kanada
Di hotel ini pula para tetamu mengatakan bahawa mereka telah melihat seorang pelayan (lelaki) mengenakan pakaian seragam lengkap di tingkat 9. Lelaki itu adalah kononnya hantu bekas 'bellman' yang bernama Sam Macauley yang meninggal pada 1967 dan biasanya 'hantu baik' itu akan menghilang sebaik sahaja tetamu telah dibantu.
6. Taipei Grand Hyatt Resort, Taiwan
Hotel ini khabarnya dibina di atas tapak penjara politik perang. Para pengunjung dan kakitangan hotel melaporkan terdapat hantu dari tahanan penjara yang telah menjalani hukuman. Difahamkan hotel ini telah menempatkan sutera China dan gulungan suci di seluruh lobi sebagai langkah drastik untuk menghalau hantu dari terus datang mengganggu.
7. Royal George Hotel, UK
Para tetamu mengatakan mereka telah melihat seorang gadis muda duduk membongkok dan menangis di dalam Bilik 22. Penduduk setempat mengatakan bahawa hantu itu adalah seorang anak perempuan yang membunuh dirinya setelah dipisahkan dari kekasihnya oleh ayah gadis tersebut.
8. Colorado Stanley Hotel, AS
Elisabeth Wilson, pembantu rumah yang meninggal di hotel pada 1911 dilaporkan kerap membantu tetamu di Kamar 217. Ia dengan ramah membawakan barang-barang mereka. Para tetamu lain melaporkan mendengar suara kanak-kanak berjalan dan ketawa di lorong di tingkat empat.
9. Toftaholm Herrgard, Swedia
Manaka tetamu di hotel ini pula telah melaporkan suara-suara aneh seperti pintu dan tingkap ditutup padahal mereka telah membukanya sebelum itu. Warga mengatakan itu adalah angkara seorang anak yang jatuh cinta dengan seorang puteri. Pada pagi hari pernikahannya dengan perempuan lain, dia telah menggantung dirinya di Bilik 324.
10. Burchianti Hotel, Florence, Italia
Tetamu bercerita telah mendengar kanak-kanak melompat-lompat menyusuri lorong-lorong dan melihat seorang perempuan sedang duduk mengait benang di kerusi.
Sumber : AKD
No comments:
Post a Comment