Tuesday, 2 October 2012

SENJATA API PENJENAYAH BONNIE AND CLYDE DILELONG

Senjata Api

WASHINGTON – Senjata api yang digunakan oleh pasangan kekasih yang menjadi penjenayah sekitar 1930-an, Bonnie dan Clyde yang mati ditembak dalam satu serbuan di Louisiana, dilelong dengan harga lebih AS$500,000.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat pelelong, RR Auctions berkata senapang revolver yang digunakan Bonnie Parker, Colt .38 mencapai harga lelongan AS$264,000 manakala pistol Clyde Barrow, Colt Model 1911 Government Model semi-automatic .45 dijual pada harga AS$240,000. Pembeli kedua-dua senjata api adalah seorang pengumpul dari Texas yang enggan namanya dikenali.

Senjata api itu adalah antara 130 jenis barangan dan aset peninggalan pengumpul dan penulis dari Texas, Robert Davis yang dilelong Ahad lalu di Nashua, New Hampshire.

Pasangan bercinta Bonnie, 23, dan Clyde, 25, menjadi popular di tengah Amerika pada 1930-an serta menjadi ikon pop apabila mereka bertindak melanggar undang-undang.

Kedua-dua senjata api itu dianggap barangan unik kepada ia diambil pada mayat kedua-duanya yang mati ditembak pada Mai 1934 dalam satu serbuan di Bienville Parish, Louisiana. – AFP

***Pelelong tidak menyatakan tujuan lelong itu diadakan, tapi pastinya ia tidak bertujuan untuk mengumpul dana utk pilihanraya!!!

No comments: