Tuesday, 2 October 2012

KEMBAR MENANG RATU CANTIK LUBNAN

Pertandingan Ratu Cantik

Lubnan – Sepasang kembar, Rina dan Romy Chibani mencatat sejarah selepas memenangi tempat pertama dan kedua dalam pertandingan ratu cantik, Miss Lubnan 2012.
Rina dimahkotakan sebagai Miss Lubnan, manakala kakaknya menduduki tempat kedua.
Ketika pengumuman dilakukan, kedua-dua gadis kembar itu saling berpegangan tangan dan bersorak gembira apabila nama mereka diumumkan.
Pemerhati menyifatkan, ia adalah satu keadaan yang luar biasa apabila melihat dua gadis yang mempunyai rupa yang sama, naik ke pentas untuk dua kali.
Rina, yang menerima mahkota berkenaan daripada Miss Lebanon 2011, Yara Khoury Mikhael, bakal bertanding dalam pertandingan Miss Universe yang akan diadakan di Las Vegas. Disember ini.
Seramai 16 wanita mengambil bahagian dan mereka diadili oleh 9 anggota juri termasuk satu-satunya pemenang Miss Universe dari Lubnan iaitu  Georgina Rizk, bekas Menteri Kabinet, Ziad Baroud dan penyanyi Nancy Ajram.
Pertandingan ratu cantik ini bukan perkara asing kepada penduduk Lubnan malah mereka pernah meraih kemenangan dalam beberapa pertandingan yang diadakan.
Ia termasuk gelaran Miss World 2012 yang disandang oleh Jessica Kahawaty, yang berdsarah campuran Lubnan-Australia pada bulan Ogos lalu.

Jessica Kahawaty
Ia bukan kemenangan pertama Kahawaty dalam pertandingan ratu cantik, malah dia pernah menyertai pertandingan Miss Lubnan Emigrant pada 2008 dan Miss Lubnan pada 2010.
Kahawaty yang bermata hijau dan mempunyai paras wajah eksotik dengan gabungan barat dan timur tengah, memenangi pertandingan Miss World selepas berjaya memainkan lagu Beethoven dengan piano.
Ketika itu dia mengalami kecederaan tangan.

No comments: