Tuesday 2 October 2012

FERI WAWASAN PERDANA TERBAKAR DI LABUAN



LABUAN: Sebuah feri penumpang terbakar di terminal feri Labuan di sini hari ini, menyebabkan beratus penumpang terkandas. 

Ketika kejadian pada 6.10 pagi itu, terdapat kurang daripada 10 krew di atas feri Wawasan Perdana yang ingin memulakan trip pertama ke Menumbok. Tiada kecederaan dilapor. 

Ketika kebakaran difahamkan tiada penumpang dan kenderaan di atas feri itu. Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman, berkata satu siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan sejurus kejadian, mengambil masa 15 minit untuk memadamkan kebakaran.


Berikutan kejadian itu, jadual perjalanan feri ke tanah besar dihentikan buat sementara. 

Feri yang dikendalikan Labuan Ferry Corporation (LFC) itu telah beroperasi sejak lapan tahun lepas dan boleh membawa 600 penumpang serta 60 kenderaan pada satu-satu masa. Sebuah lagi feri LFC ialah Warisan Perdana. 


Ketua pegawai eksekutif LFC Samsul Sahari memberitahu Bernama bahawa kejadian itu adalah di luar jangkaan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. 



Satu-satunya cara untuk ke tanah besar buat masa ini ialah dengan Feri Kimanis yang dikendalikan Juta Bonus, sebuah syarikat berpangkalan di Sabah. - BERNAMA

No comments: