Monday, 8 October 2012

KENAPA TEMAN PILIH BLOGSPOT UNTUK BERBLOG

      ATAU     

Sebelum ini, teman telah ditanya oleh beberapa rakan blogger kenapa teman memilih platform blogspot untuk berblog.  Mereka berpendapat Wordpress adalah lebih mudah.... Mungkin sebab mereka gunakan platform itu. Dan rakan  blogspot pulak kata, blogspot lagi best.



Terima kasih kepada teman blogger yang sudi bertanya dan berkongsi tips mengenai berblog kepada teman yang tidak pernah hadir mana-mana kursus berkaitan IT ataupun blog.

Ye.... sebelum teman mula berblog, teman try 'study' kedua-dua platform Blogspot dan Wordpress.... dan secara jujurnya teman akui, blogspot lebih mudah dan senang difahami. Teman harap teman masih belum terlambat untuk memberikan jawapan! 

Dengan lebih jelas lagi.... teman setuju 100% dengan apa yang diperkatakan di bawah ini......

Mengapa pilih blogspot untuk berblog? Pertama sekali blogspot adalah
platform percuma untuk berblog, dan  ianya telah tersedia mudah SEO (Search Engine Optimization) menerusi Google Search. Anda tidak perlu susah payah untuk mempelajari SEO secara mendalam kerana konsep2 asas dan keperluan SEO anda sudah tersedia dalam platform blogspot ini. Cuma nak guna atau tidak sepenuhnya potensi SEO yang disediakan didashboard blog anda sahaja. 
Menerusi blogspot, hanya dengan satu login id ... anda boleh memiliki sehingga 100 blog pada satu-satu masa. Seandainya anda merupakan seorang blogger yang tegar dalam platform pengiklanan, ia sudah tentu satu kelebihan kerana anda boleh letak banyak iklan di dalam blog-blog anda termasuklah dari medium pengiklanan Nuffnang, Advertlets, Innity serta juga Adsense. 
Label di dalam blog anda boleh letak sehingga 2000 label unik, manakala sehingga 20 label unik untuk setiap entri di dalam blog anda. Label di dalam blog anda boleh dijadikan sebagai kata kunci carian yang berkesan untuk enjin carian. 
Jumlah entri yang boleh anda terbitkan menerusi blogspot adalah tidakkkkk terhad, anda boleh semahu-mahunya menerbitkan entri sehingga ke sejuta sekalipunn .... 
Gambar di dalam entri, di dalam blog disimpan di Picasa yang merupakan juga salah satu kemudahan Google. Ia menyediakan sehingga 1GB storan untuk anda letakkan gambar anda ... perghhh banyakkkk tu. Dan ianya adalah percuma!! 
Anda boleh memuatkan gambar berbentuk HD (High Definition) dalam entri blog anda, kerana saiz maksimum untuk gambar di dalam blogspot adalah 1600 pixel.


Selain daripada itu.... blogspot ada button 'undo/redo'. Boleh pilih font dan warna apa yang dikehendaki setiap kali entry ditulis, malah satu entry boleh letak macam-macam font dengan bermacam-macam warna.... best kan!

***Entry ini ditulis bukan utk membodek sesiapa, jauh sekali untuk meraih simpati.... ianya sekadar memberi jawapan kepada sahabat-sahabat yang bertanya dan saya hanya menjawab dengan senyuman sahaja ketika itu dan inilah jawapannya.

No comments: