Monday, 8 October 2012

IKUT CARA GADIS INI ATAU MENYESAL SEUMUR HIDUP...!!!


Akibat Gambar Berbikini Dan Seksi Di Internet - Pengajaran Buat Remaja Malaysia




Angie Varona - Keghairahan mahu menjadi popular dengan membuat posting gambar ke FB dan saluran media sosial yang lain membuatkan seorang gadis menyesal seumur hidupnya.

Dia bukan pelakon lucah mahupun ratu cantik tetapi kerana sifatnya yang naif membuatkan dirinya terperangkap sebagai simbol seks di internet.



Dalam usia 18 tahun, dia telah menjadi sangat popular di internet, sehingga kini jika anda taip 'Angie Varona' melalui laman carian Google, ia mengesan hampir 65,000 gambar dirinya yang kebanyakannya berbikini dan seksi.
Segalanya bermula apabila dirinya yang berumur 14 tahun ketika itu berkongsi gambar seksinya melalui Photobucket pada tahun 2007. 

Apabila akaunnya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, gambarnya telah tersebar meluas.  Bukan setakat itu, terdapat juga begitu banyak akaun palsu Facebook, Twitter, Youtube di bawah namanya. Satu daripada page FB palsunya mempunyai lebih 41,000 likes. Ada juga gambar yang telah diedit menggunakan Photoshop.

Ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah dirinya ini. Kerana kesilapan lalu hidupnya musnah dan orang memberi persepsi negatif kepada dirinya. Remaja Malaysia yang beragama Islam khususnya harus peka dengan perkara sebegini.

Jangan esok dah tersebar baru nak menyesal. Ada kes bunuh diri sebab video seks dengan teman lelaki tersebar. Maruah kena jaga dan ingatlah tentang keluarga tersayang.


KREDIT TO : K7L

No comments: