Dia memulakan kariernya itu sebaik sahaja menamatkan persekolahannya. Keinginannya untuk 'tidur bertilamkan duit' membuatkannya berfikir bahawa dia tidak mungkin menjadi kaya jika hanya bekerja di pejabat!
Namanya baru saja tercatat di Guinness Book of World Records, sebagai pelakon filem porno yang didaftarkan oleh agensi modelling tempatnya bekerja.......
Dia dilaporkan sebagai pelakon filem porno paling banyak membintangi filem penaik nafsu ghairah kaum adam itu dalam setahun. Pada tahun 2002, dia telah membintangi 212 judul filem genre tersebut.
Menariknya, setahun kemudian, dia telah memecahkan sendiri rekodnya dengan membintangi 304 buah filem dan sepanjang 'karier'nya itu dia telah membintangi lebih kurang 800 buah filem porno dengan dia sendiri memegang watak utama!!!
Di dalam satu temuramah dia dilaporkan berkata 'Saya ingin mendapatkan jumlah gaji yang layak untuk saya. Tapi tidak dengan bekerja di pejabat yang masuk pukul 9 pagi dan balik pukul 5 petang'.
Gadis yang dimaksudkan bukanlah Maria Ozawa tetapi dia adalah RAN ASAKAWA. Gadis yang dilahirkan di Kanagawa, Jepun pada 4 September 1980 itu mengakui menyertai JAV (Japan Adult Video) semata-mata kerana duit.
Pada akhir 2003, seperti yang dilaporkan oleh Taipei Times gadis ini telah melebarkan sayapnya ke pulau seberang China, iaitu Taiwan di dalam pembikinan 'blue filem' dan di negara tersebut dia dikenali sebagai Tenglan Wu.
No comments:
Post a Comment