Thursday 11 October 2012

AMALKAN MAKAN BUAH TOMATO SEGAR UNTUK MENGHINDAR ANGIN AHMAR


Washington  :  Tabiat memakan buah tomato secara berterusan boleh mengurangkan risiko mendapat angin ahmar, menurut salah satu kesimpulan kajian yang disiarkan kelmarin.

Secara umum, kajian itu menyatakan, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran memberi kesan lebih baik kepada anggota badan.
Faktor utama mengurangkan risiko kena angin ahmar ialah kehadiran unsur antioksida kuat iaitu ‘lycopene,’ menurut kajian penyelidik Finland dalam jurnal Neurology.
Kesimpulan penyelidikan itu adalah berdasarkan daripada data daripada lebih 1,000 lelaki pertengahan umur yang terbabit dalam kajian selama 12 tahun.
Ia menunjukkan bahawa lelaki yang memiliki kadar ‘lycopene’ tinggi dalam darah mereka mempunyai peluang 55 peratus lebih rendah untuk diserang angin ahmar.
Kurangkan risiko
“Kajian ini memperkukuh bukti bahawa diet yang memberi tumpuan kepada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko serangan angin ahmar,” menurut penulis kajian, Jouni Karppi dari Universiti Eastern Finland di bandar Kuopio.
Sementara itu, di kalangan 258 lelaki dengan tahap terendah ‘lycopene’ dalam darah, hampir satu dalam 10 diserang angin ahmar. Tetapi, di kalangan 259 peserta yang mempunyai kandungan antioksida tinggi, ia menjadi satu setiap 25 orang.
Hubung kait antara tahap ‘lycopene’ dan risiko angin ahmar adalah lebih kuat apabila penyelidik hanya mengkaji angin ahmar yang disebabkan oleh darah beku.
Peserta dengan tahap ‘lycopene’ tertinggi mempunyai 59 peratus risiko lebih rendah mendapat serangan angin ahmar berpunca daripada darah beku dibandingkan lelaki yang memiliii kadar antioksida terendah.
Secara keseluruhannya, 67 lelaki mendapat serangan angin ahmar sepanjang tempoh kajian. – AFP



***Dari dulu teman mmg suka makan buah tomato. Tak sangka pulak tabiat tu rupanya ada kebaikannya yang tersendiri...

1 comment:

Anonymous said...

Makan saja x best tapi kalu makan dgn hirisan bawang besar dan cili padi gail dgn garam ckit. Pastu makn cam salad fuhhh sedapnyer