Friday, 12 October 2012

11 BULAN YANG CELAKA!!! NIZAR LAMBAI AKAN DISIASAT SPRM...????

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat segera dakwaan rasuah di kalangan pemimpin pembangkang sama ada wujud kes atau sebaliknya supaya integriti dan ketelusan agensi itu sentiasa dihormati rakyat di negara ini.



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau sendiri berasa hairan kerana apabila membabitkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), siasatan segera dijalankan oleh agensi berkenaan.
“Saya agak khuatir dan pada masa sama hairan kerana orang ramai bercakap apabila timbul dakwaan rasuah di kalangan pemimpin pembangkang, tiada tindakan diambil oleh SPRM tetapi jika di pihak BN atau UMNO, tindakan begitu cepat sekali.
“Ini gambaran yang diberikan oleh orang ramai dan juga bekas Setiausaha Sulit kepada Ketua Pembangkang, Anuar Shaari,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rumah Contoh RPT Perwira Sungai Tumboh, dekat Seri Iskandar, hari ini.
Mengulas pendedahan sebuah blog yang mendakwa mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menandatangani surat kelulusan projek membina jalan pada 2008, Zambry berkata:
“Saya tidak tahu sama ada beliau ada mengeluarkan arahan untuk beri projek itu kepada syarikat tertentu atau sebaliknya.
“Mengikut amalan kerajaan, saya dan Nizar terikat dengan peraturan dan perlu mendengar nasihat SPRM untuk mengeluarkan surat kelulusan itu dan ini kerana Menteri Besar tidak mengeluarkan surat untuk diberikan kepada sesebuah syarikat,” katanya lagi.
PENDEDAHAN SEBELUMNYA....

Setelah beberapa pendedahan mengenai penipuan dan penyelewengan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat ketika 11 bulan memerintah Perak, ini adalah salah-satu salahguna kuasa yang dibongkar melalui pendedahan surat kepada Pengarah UPEN .

Surat tersebut yang didedahkan di dalam sebuah blog iaitu 'Budak Benteng' didakwa ditandatangani oleh Pegawai Khas ADUN Pasir Panjang ketika itu, mengenai kontrak penyelenggaraan jalan yang dipohon untuk sebuah syarikat.

Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaludin didakwa meminitkan `sila proses’ di atas surat tersebut pada 12 Ogos 2008.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika diminta mengulas mengenai pendedahan surat ini berkata, biasanya dari segi amalam, tugas Menteri Besar tidak boleh terikat dengan perkara-perkara seumpama itu dan tertakluk kepada peraturan dan nasihat daripada SPRM.

``Umpamanya surat yang nak beri (projek) pada syarikat itu atau syarikat ini, biasanya kita tidak buat. Biasanya Menteri Besar tidak buat surat minta diberi kepada syarikat-syarikat yang berkenaan,’’ katanya kepada media selepas majlis pelancaran rumah contoh RPT Perwira Seri Iskandar hari ini.

Sebelum ini beberapa pendedahan telah dibuat mengenai penipuan dan penyelewengan kerajaan Pakatan Pembangkang seperti isu Vale dan kes kontrak menjahit sut Ahli Majlis MBI.

Kepada soalan lain, Dr. Zambry melahirkan rasa khuatir dan hairan kerana ramai orang bercakap mengenai SPRM yang dikatakan lambat mengambil tindakan terhadap dakwaan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang.

``Saya pun agak khuatir dan dalam masa sama menghairankan, orang ramai bercakap kes-kes yang melibatkan ahli politik Barisan Nasional dan UMNO, cepat sekalilah. Bagi saya SPRM kena tengoklah, saya tidak tahu samada ada kes atau tidak, itu bergantung kepada SPRM,’’ tambah beliau.

Ditanya kemungkinan SPRM seolah-olah takut hendak mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang, Menteri Besar berkata, ``Gambaran yang orang ramai cakap, macam itulah’’.

Ini berikutan pendedahan yang telah didedahkan sebelum ini pada pagi Khamis (11 Oktober 2012) dalam blog 'Budak Benteng' (sila klik) iaitu salah satu blogger dalam Perak Cyber Trooper (PCT). Manakala pada hari ini (12 Oktober 2012), Utusan Malaysia pula menyiarkan berita yang sama.

No comments: