Monday, 24 September 2012

RUSUHAN KAUM DI LAWAS, SARAWAK...???

Masyarakat Lum Bawang yang tinggal di sekitar Lawas tentu mengetahui kejadian ini , dimana seorang pemuda Lum Bawang yang bernama Edwin Singa Pelipus telah dibunuh dengan kejam mengunakan objek pemutar skrew terlebih dahulu dilanggar dan dibunuh pada Sabtu lalu iaitu 21 September 2012. Mendiang Edwin hanyalah berumur 19tahun.

Apa yang dimaklumkan,kes bunuh ini adalah kerana suspek di bawah pengaruh dadah.


Jadi aku harap sangat orang Lun Bawang dapat bertenang dan berfitkiran waras. Biar pihak polis selesaikan kes ini dengan bijak.


Difahamkan orang Lun Bawang dari kaum dayak ini ingin membuat pembalasan terhadap pembunuh Mendiang Edwin yang dikhabarkan orang Islam. Maka terjadilah kekecohan di bandar Lawas.

Aku amat berharap tragedi ini tidak mencetuskan samada ketegangan kaum ataupun agama. Syukurlah pihak polis setakat ini masih mampu mengawal ketegangan yang berlaku.

Yang bersalah tu tetap akan di hukum dengan hukuman yang setimpal. Jangan kita buat hukuman sendiri. Kita selama di malaysia dapat hidup berbilang kaum dan agama dengan aman sekali. Janganlah sesekali hancurkannya hanya kerana satu kes yang terpencil.


Sayangilah dan hargailah kemakmuran dan keamanan yang ada. Jangan sesekali ada pihak yang cuba melakukan provokasi !

Salam takziah kepada keluarga mangsa. RIP to mendiang Edwin.. 



 





 

 


 
Sumbergambar

12 comments:

Anonymous said...

REST IN PEACE BRO EDWIN,JESUS SAVE YOU IN HEAVEN AND WE ALL PRAY THAT JESUS GRANT YOU A PLACE IN HIS KINGDOM AND TO US ALL LET US FORGIVE THE WRONG AND THAT THE ONLY WAY "LOVE" ONE ANOTHER.

Mr.J said...

Tiada RUSUHAN KAUM di SARAWAK. Sila ubah posting anda. Itu hanyalah provokasi .

Admin : Sila jangan buat sebarang Spekulasi mengenai Kes ini , kes ini masih dalam siasatan . Admin mendapat tahu sebilangan Forum / Blogger memperbesarkan isu ini dengan mengatakan perbalahan agama terjadi dilawas dan ada juga admin membaca sesetengah blog/forum mengatakan bahawa dah berlaku bunuh membunuh di lawas ada beberapa orang terkorban etc. Sila Jangan Provokasikan Kes ini. 25/9/2012

Read more: http://www.pengerindu.com/2012/09/kebangkitan-masyarakat-lum-bawang-di.html#ixzz27RfIsb00

Anonymous said...

agreed with Mr, J.
Sy warga Limbang tidak bersetuju dengan istilah RUSUHAN KAUM yg anda gunakan.

Anonymous said...

Kenyataan Keadaan di Lawas adalah seperti berikut :
Tidak berlaku sebarang rusuhan mahupun kes tembak menembak seperti yang digembar-gemburkan oleh media maya, apa yang berlaku adalah pihak keluarga mangsa dan masyarakat umum bukan hanya dari suku kaum lun bawang tapi juga melibatkan bangsa lain yang mahu agar kes ini disiasat dengan telus agar mereka yang bersalah dikenakan hukuman yang setimpal.
Jabatan Penerangan telah menyertai rally ini dan melihat semua yang hadir mahukan kemakmuran serta kesejahteraan untuk lawas.Kita bersama doakan semoga perpaduan ini terus terjalin ke arah mewujudkan negara yang aman dan makmur.Hari ini Bandar lawas dan kawasan sekitarnya beroperasi seperti biasa.Terima Kasih.

Anonymous said...

Terdengar khabar angin mengatakan, sesiapa yang hendak membuat perjalanan ke kota kinabalu, diminta untuk membatalkannya hanya kerana rusuhan yang terjadi di Lawas. Sungguh mendukacitakan jika benar. Semoga segala yang terjadi akan dapat diselesaikan dengan cara aman seberapa segera yang boleh.

Anonymous said...

R.I.P EDWIN SEMOGA PESALAH AKAN MENDAPAT BALASAN SETIMPALMNYA....

Unknown said...

rusuhan brunsur perkauman n brsfat keagamaan mmg teda tp dendam kpada pesalah yg brbngsa mlayu mmg ada...bbrapa urg kwn sya brbngsa cina yg mmg pnduduk asal bndar lawas mnceritakn kjadian ini kpda sya n suami krna melarang suami sya seorang salesman msuk lawas smntara wk2 krana bmbang kslmtan suami sya yg brbngsa melayu sabah atas brlakunya kes di mana 2urg melayu yg X kna mgena dgn kjadian bnuh i2 d pkul dan sorang pgwai polis jga tnda protes kpda pmbnuhan kejam yg brlaku keatas mgsa.lumbawang mahu pesalah d kluarkn dr thanan polis krna mreka mhu buat prhtungan yg sma sbgaimana mgsa mati d bunuh kejam oleh psalah2 td tp polis mhu mprtahankn psalah dgn enggan myerahkn tahanan krna mreka sdah d bg tahu akn nsib psalah2 trbabit bla mlngkah kluar dr thanan polis.ini yg d critakn oleh bbrapa kwn n peniaga2/costumer kmi d lawas...selain drpd itu smua aktiviti brjln sprti besa d pkan lawas.

Anonymous said...

1malaysia..jangan merusuh..

Anonymous said...

bodohnya.negara ada undang2.takkan nak serahkan suspek yg belum pasti pesalah.jangan mengada2 kalau tak tahu cerita.tindakan berat boleh dijatuhkan kepada manusia yg suka mengadakan spekulasi sendiri.

Anonymous said...

sis, tak takut kena saman ke? ada keluar akhbar kelmarin, blogger yang mengadakan spekulasi begini akan d kenakan tindakan berat

Anonymous said...

bERAT x BERAT- Contohnya N.Selangor. Setiap kali nak Buat Pilihan Raya, Kerakyatan negeri itu sudah pastinya akan bertambah 15% atau lebih, di lakukan oleh segelintir Pemimpin yg di katakan menghianati Bangsa dan Tanah Air. Tanah,Rumah dan Tapak utk Bertani pun akn di sediakan (SEMASA PERJANJIAN SEBELUM MENGUNDI) maybe di Sabah ni pun dorg 180 org ni, dia org ni Bergegas nk tuntut Perjanjian yg lalu, kerana masa Pilihan Raya akn berlangsung lg tidak lama lg dlm tahun ini. Mybe Perjanjian yg lalu Belum Tertunai, dan Pihak Kerajaan hndak membuat Janji yg Baru. Anda semua, Harus berfikiran yg bijak di dunia Politik hr ini. Dorg akn sanggup buat apa sahaja demi Kemenangan, Pangkat dan darjat.

Anonymous said...

Jikalau UNPORNO/Bend Terus memerintah Tanah Malaya ni, tidak mustahil Bumi Malaysia ni akn Muflis dan Tergadai kpd Negara2 Pertama atau pun Negara2 Ke-2. Sekarang pun sudah hampir 30% Hartanah atau Acept Negara sudah di Pajakkan. Sesetengah tempat sudah ada yg berlaku, Penduduk Tempatan menjadi PENGEMIS di Negeri mereka sendiri. Ini semua adalah Hasil drpd Kerakusan Kroni2 Pengkhianat Negara; Bend/Umporno.