Sunday, 23 September 2012

ISU AIR SELANGOR : KHALID GAGAP TERGAGAP-GAGAP...!!!


Kerajaan negeri Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politiknya, tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis kepenggunaan terkenal hari ini.

Presidan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Selangor keliru tentang pihak manakah yang betul dalam isu berkenaan.


Katanya dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan ini, kerajaan negeri Selangor menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu ini - bahawa tarif air akan naik sekiranya kerajaan persekutuan meneruskan rancangannya untuk membina loji rawatan air Langat 2.

Dr George berkata beliau kesal apabila mendapati beberapa anggota exco dalam kerajaan Selangor yang sebelum ini merupakan aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif, walaupun kerajaan persekutuan berniat baik dalam rancangannya untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

"Saya terlibat dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan kerajaan persekutuan," katanya dalam temu bual disini hari ini.

Dr George mendakwa kerajaan negeri Selangor juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini, sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.

Beliau berkata masa yang digunakan untuk melayan perkara yang tidak relevan itu sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kenapakah kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul. Ini tidak betul. Ia melibatkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana ia (krisis air) akan memberi kesan serius," kata Dr George. 

Sementara itu Kerajaan Pahang batal bekalan air ke Selangor!

Kerajaan Negeri Pahang akan membatalkan bekalan air mentah ke Selangor jika kerajaan negeri itu tidak membenarkan pembinaan projek Loji Bekalan Air Langat Dua diteruskan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu akan dilaksanakan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus berdegil dengan tidak membenarkan pembinaan logi tersebut.

"Walaupun sudah bertukar kerajaan, Menteri Besar Selangor sekarang sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air mentah ke negeri itu dan juga Putrajaya serta Kuala Lumpur.


Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air mentah itu sebagai isu politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Daerah Bentong di Dataran Bentong di sini hari ini  ~ UMO

No comments: