Seperti biasa, media pro-pembangkang akan menambahrasa serta menambahsensasikan laporan mereka tanpa menceritakan keseluruhannya. Dan memang benar sangkaan kita itu!
Yang gagal atau sengaja tidak dilaporkan oleh pemimpin dan media pro-pembangkang ialah kehadiran beberapa NGO termasuk bukan Melayu! Mereka yang mengepalai demo aman yang bertukar kecoh apabila berlaku cabar-mencabar.
Di bawah adalah laporan berita yang tidak mungkin akan disiarkan oleh pro-pembangkang mengenai insiden demo di depan pejabat Keadilan.
Malah, pemimpin pembangkang berterima kasih kepada pihak polis yang sebelum ini kerap dicemuh dan dikutuk oleh mereka. Apakah ada media pro-pembangkang mahu melaporkan perkara ini?
Anda tentu tahu jawapannya!
Di antara laporan tersebut :
Dalam pada itu, Presiden Barisan Bersatu Nambikkai, Kalai Vanar berkata, pihaknya terpaksa mengadakan bantahan aman berikutan tindakan terhadap isu bendera dan tidakan kerajaan Selangor yang tidak menghormati hak raja-raja sekali gus mendakwa perkara itu didalangi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta ketua pembangkang itu memberi penjelasan.
"Pada hari ini kami hanya datang secara aman, tetapi dibaling telur dan fail. Ini adalah provokasi yang tercetus dari pihak mereka kepada kami.
"Kami hanya meminta penjelasan dari Anwar, dan beliau harus memberikan penjelasan terhadap setiap perkara yang dilakukannya yang ternyata membawa kerosakan kepada negara.
"Beliau (Anwar) langsung tidak menghormati bendera malah penghinaan mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada malam sambutan merdeka itu telah dirancang dari awal oleh pihak PKR," katanya kepada media, selepas bersurai dari bantahan itu.
Kalai turut menyelar tindakan Anwar dan menggelarkan Ketua Umum PKR itu sebagai pengkhianat serta perosak kemakmuran negara dan mendakwanya mendalangi kekacauan yang berlaku dalam negara.
Beliau meminta penjelasan dari tahun 1998 sehingga tahun 2012 daripada Anwar dan mendakwa Ketua Pembangkang itu telah mereka cerita tentang pelbagai perkara tidak masuk akal seperti suntikan HIV yang diterimanya, diracun dengan arsenic selama berada di dalam penjara serta cubaan membunuh keatasnya serta yang terakhir adalah berkaitan dengan bendera baru ciptaannya.
Katanya, kesemua isu yang berlaku merupakan agenda awal daripada Anwar. Malah, pertubuhan itu menggelarkan Anwar dan mendakwanya sebagai pengkhianat negara.
Antara NGO lain yang terlibat dalam bantahan tersebut termasuk Kelab Perpaduan Insan Selangor, Waris Malaya, Malaysian People Organization, Alernative Action Team, Gerakan India Malaysia dan Kelab Prihatin Cina Malaysia.
Sementara itu, Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, R Suresh Kumar berkata, pihaknya tidak akan melakukan laporan polis berdasarkan bantahan yang dilakukan oleh persatuan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan yang kurang bijak apabila pertubuhan itu menceroboh kawasan pihaknya.
Beliau mendakwa, sebelum ini, Kalai Vanar merupakan calon yang bertanding untuk tiket PKR di Gurun, Kedah pada pilihan raya yang lalu dan tidak diberi tempat oleh masyarakat sekali gus melakukan tunjuk perasaan dan mendakwa Kalai sebagai dalang yang mengganggu perjalanan politik parti itu.
"Bagi saya Kalai adalah orang yang banyak mencetuskan perkara yang tidak baik dan banyak mencetuskan huru-hara.
"Mengapa mereka mesti membuat kecoh disini? kenapa tidak menghantar surat? Kami berada disini adalah bagi membela parti dan melindungi Anwar dari dicemuh oleh pihak mereka.
"Kita juga tidak tahu ada NGO kita yang membawa telur atau membaling fail, kerana bagi saya kekecohan tadi tidak sampai ada pihak yang tercedera.
"Saya turut berterima kasih kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang menjaga keamanan kawasan ini sekali gus bertindak meredakan pertikaian yang berlaku. Bagaimanapun, insiden ini tiada pertumpahan darah atau cedera di pihak kami atau pihak mereka," katanya. - SH
Dr MiM
No comments:
Post a Comment