BELIAU MENCATAT SEJARAH apabila mencipta rekod selaku wanita pertama negara berjaya merangkul pingat gangsa pada final acara 10 meter platform individu wanita di Sukan Olimpik London 2012 dengan mata keseluruhan 359.20.
RATU terjun negara itu yang juga Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).
No comments:
Post a Comment