Sunday 29 July 2012

TIADA LOGO RASMI UNTUK HARI KEMERDEKAAN....



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, sepertimana sambutan pada tahun lepas.
Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati”.
“Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rais berkata akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 Sept.
Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan “55 Merdeka Janji Ditepati”, hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi.
– BERNAMA

No comments: