Sunday 29 July 2012

PM AKAN BUAT KEPUTUSAN RASMI PERLETAKAN JAWATAN UKIM....

pic.twitter.com/jVxV4x0a

Pekan:   Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan membuat keputusan rasmi berhubung tindakan Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada UMNO dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong pembangkang, esok (hari ini..?) 

“Apa yang dilakukan Datuk Seri Lajim sudah dijangka, selama ini kita dapat lihat ucapan dibuat beliau bertentangan dengan pendirian parti. 
Keputusan itu tidak memeranjatkan kita, beliau sudah membuat keputusan, kita terima keputusan itu dan dalam sejarah UMNO sendiri pun memang ada yang meninggalkan parti tetapi kita menganggapnya sebagai satu cabaran untuk kita terus berjaya,” katanya. 
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 39 warga emas dan ibu tunggal di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, di sini, malam tadi.
PERLETAKAN JAWATAN BERKUATKUASA SERTA MERTA
Lajim, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada sidang media di Kota Kinabalu petang semalam mengumumkan meletak jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional Beaufort, berkuat kuasa serta-merta. 
Beliau tidak meletak jawatan sebagai timbalan menteri dan menyerahkan kedudukan itu kepada PM untuk berdepan apa saja tindakan disiplin. 
Terdahulu Najib menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama 300 penduduk kampung berkenaan. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. 
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, apa yang dipentingkan sekarang ialah kesetiaan ahli kepada parti. 

Katanya, jika ada perbezaan pandangan atau pendapat, parti sentiasa membuka ruang dan mempunyai cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

No comments: