Monday, 4 June 2012

SKANDAL SULIT 2 EXCO KEDAH TERPAKSA BERNIKAH....

Bendera_PAS

Sebenarnya cerita-cerita dalam kelambu sangat banyak di Kedah. Dan yang paling menariknya, maklumat-maklumat sebegini lebih mudah diperolehi daripada para pemimpin PAS yang gemar memakai lebai dan bercakap tentang pentadbiran Islam berbanding pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih senang menjalankan tugas mereka tanpa melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat. 
Seorang pemimpin besar PAS Kedah yang juga merupakan seorang ADUN telah menghubungi KEDAHAN69ERS.COM dan meminta untuk membuat pendedahan berhubung Siti Aishah Abdul Ghani yang merupakan ADUN Merbau Pulas merangkap Exco Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dengan Hamdan Che Khalib, ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan. 
Menurutnya, kemelut dan kontroversi berhubung Siti Aishah Abdul Ghani sebenarnya tidak pernah selesai. Siti Aishah yang lebih dikenali sebagai USTAZAH AISHAH sebelum ini dikaitkan dengan hubungan sulit dengan bekas pemandunya dan merupakan seorang BALU semenjak November 2010. 
Namun pada masa yang sama, Siti Aishah katanya lagi, turut menjalinkan hubungan dengan Hamdan Che Khalib. Hubungan sulit kedua-duanya semakin serius dan telah diketahui oleh pimpinan PAS Negeri, ADUN dan Exco. Kedua-duanya kerap berdua-duaan di bilik pejabat Exco. 
Bimbang isu tersebut bakal meletup, khususnya menjelang PRU13, pada April 2012, sejurus sebelum Mesyuarat Exco, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak telah memanggil kedua-duanya bertemu di dalam pejabat Menteri Besar. Setelah ditanya, akhirnya kedua-dua Exco tersebut mengakui, mereka memang telah menjalinkan hubungan sulit seperti yang didakwa. 
Sebagai orang tua yang mahu menjaga air muka kedua-dua Exconya itu, Azizan Abdul Razak akhirnya menasihatkan kedua-duanya agar bernikah bagi mengelakkan sebarang tohmahan selain menjaga imej parti.
Berita ini bagaimanapun, disenyapkan begitu sahaja oleh pimpinan PAS Kedah yang masih meraikan 'kejayaan' mereka mengumpulkan ahli-ahli PAS di Stadium Darul Aman pada 1 Jun lalu. 
KREDIT TO kedahan69ers

No comments: