Monday, 4 June 2012

GEMPA BUMI DI KUNAK SABAH DAN PANAMA

GEMPA BUMI LEMAH DI KUNAK, SABAH.


KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kunak, Sabah pada jam 2.36 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di Kilometer 22 selatan Kunak.
Gegaran turut dirasai di Semporna dan Tawau. – BERNAMA

GEMPA BUMI DI PANTAI PASIFIK PANAMA.


PANAMA: Gempa bumi bermagnitud 6.6 menggegarkan pesisir pantai Pasifik Panama hari ini, tetapi tidak amaran ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu. 

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, ia yang berlaku jam 6.45 pagi dikesan pada pusat gempa 370 kilometer (km) selatan David, di sini dengan catatan kedalaman 10.5 km.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, susulan kejadian itu tiada ancaman tsunami dikeluarkan. - Reuters

No comments: