Wednesday 27 June 2012

BB PLAZA AKAN DIROBOHKAN 2013..!!!



Plaza Bukit Bintang Akan Dirobohkan Tahun Depan

Bagi mereka yang pernah dan selalu berkunjung di sini, sebahagian besar mereka yang berniaga adalah bumiputera. Harga barangan yang ditawarkan juga agak murah dan mampu dibeli terutama oleh golongan berpendapatan sederhana dan tidak mementingkan jenama...
Namun begitu, pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan Bumiputera di kawasan segitiga emas itu dijangka akan dirobohkan pada awal tahun depan.
“MRT Corp telah memberi kami masa sehingga akhir tahun untuk mengosongkan bangunan.
“Notis pengusiran akan dikeluarkan kepada penyewa untuk keluar,” kata Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar kepada pemberita selepas satu sesi dialog bersama para penyewa pada Selasa.
Beliau berkata, UDA akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan berhubung permohonan oleh Tradewinds (M) Bhd untuk menyertai dalam pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.
Ahmad berkata, UDA telah menerima permohonan rasmi daripada Tradewinds dan beberapa syarikat lain yang berminat untuk menyertai projek itu. - BERNAMA

No comments: