Wednesday 27 June 2012

AWAS!! LGBT ANWAR 'BEGITU GALAK'.....!!!


PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang “begitu galak” memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain.
Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis.
“Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.
“Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum  - Bernama

No comments: