Sunday 3 June 2012

APA MOTIF OBAMA ARAH SERANGAN SIBER TERHADAP IRAN..???




WASHINGTON  -  Sebuah akhbar Amerika Syarikat semalam mendedahkan, Presiden Barack Obama secara senyap mengarahkan serangan siber dengan menggunakan virus komputer Stuxnet terhadap Iran untuk mensabotaj program nuklear negara itu.

“Presiden Obama secara senyap mengarahkan serangan yang semakin canggih terhadap sistem komputer yang menjalankan aktiviti pengayaan uranium di Iran,” lapor akhbar New York Times. 

Menurut laporan itu, tindakan itu adalah sebahagian daripada serangan digital Amerika Syarikat terhadap Iran yang bermula sejak pentadbiran George Bush dengan nama kod ‘Olympic Games.’

Akhbar itu juga menegaskan, virus Stuxnet dicipta oleh pakar di Amerika Syarikat dengan bantuan unit perisikan Israel.

Serangan siber itu bertujuan menghalang Iran daripada menghasilkan senjata nuklear.

Bagaimapun, virus itu ‘terlepas’ dari loji nuklear Iran di Natanz dan muncul dalam sistem komputer di beberapa negara, kata akhbar itu, mendorong pegawai kanan Amerika menimbang untuk menghentikannya.

Pendedahan akhbar itu dibuat beberapa hari selepas pakar di Makmal Kaspersky, syarikat perisian antivirus terkenal yang berpusat di Russia menemui virus ‘Flame’ yang beberapa kali lebih besar daripada Stuxnet dan juga disasar terhadap Iran. - Agensi 

No comments: