Pemecatan Mohd Isa Satu Tindakan Kuku Besi
Walaupun lain-lain parti.... tetapi di bawah payung yang sama... dan dalam kaedah yg sama... DIPECAT SERTA MERTA..!!!
BANYAK yang telah disebut dan digebang mengenai PKR sebagai sebuah parti yang membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia. Konon-kononnya tidak adalah parti yang lebih telus dan terbuka melainkan PKR semata-mata.
Tapi dalam masa yang sama, kita dikejutkan pula dengan berita seorang Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang, Mohd Isa Saidi dipecat dari parti tersebut berkuat kuasa serta merta selepas mengeluarkan kenyataan meminta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi penjelasan berhubung beberapa tuduhan berkaitan dengan salah laku dan hubungan seks isterinya dengan Anwar Ibrahim atau meletakkan jawatan.
Pecat serta merta ini tentulah perlu kesalahan yang benar-benar serius tak gitu?
Paling tidak Mohd Isa perlulah dihadapkan ke sesi pendengaran dan diadili dengan seadil-adilnya sebelum keputusan dibuat. Dah nama parti tersebut pun Parti Keadilan Rakyat, macam mana nak berlaku adil pada rakyat kalau dengan ahli sendiri pun main pecat begitu sahaja.
Walaupun kenyataan Mohd Isa itu dibuat secara terang-terangan, perbicaraan perlu untuk mengenal pasti sebab yang wajar kenapa Mohd isa dan sebahagian ahli jawatankuasa cabang Ampang membuat kenyataan terbuka seperti itu, tidak melalui saluran dalaman parti seperti sepatutnya. Paling penting, mengikut konsep Natural of Justice, tidak ada orang yang boleh dihukum tanpa pembelaannya di dengar terlebih dahulu (no one can be condemned unheard).
Itu perkara paling asas bila bercakap tentang konsep keadilan bagi sebuah parti yang kononnya mengutamakan keadilan juga.
Boleh juga dihujahkan kenapa keras sangat tindakan di kenakan ke atas sesiapa yang berani mempersoal orang-orang tertentu dalam parti tersebut seperti Azmin Ali? Apa yang istimewa sangat dengan Azmin sehingga dia jadi seorang yang tidak boleh langsung dikritik?
Apa pulak salahnya dengan meminta Azmin membuktikan bahawa semua tuduhan yang dilempar ke atasnya itu salah? Bukan Mohd Isa suruh Azmin terjun dari bangunan tinggi pun? Ambil contoh tuduhan mengatakan salah seorang anak Azmin bukan hasil hubungannya dengan Shamsidar tapi dengan Anwar, apa yang susah sangat Azmin nak pergi ke hospital dan buat ujian DNA?
Soal saham itu pula, bukti sudah ditunjukkan oleh Annuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim (dalam bentuk dokumen), kenapa susah sangat nak nafikan atau paling tidak tuduh dokumen itu palsu?
Tiba-tiba semuanya jadi serba tidak kena dengan Azmin bila segala hal silamnya dikorek semula. Tak salah kalau rakyat mempertikaikan semua ini kerana seperti yang sering diucap banyak pihak, rakyat sudah semakin bijak menilai sesuatu situasi, bukan macam dulu-dulu.
Bagaimana rakyat nak diyakinkan bahawa PKR adalah sebuah parti yang benar-benar berbeza dengan UMNO (yang jadi musuhnya yang nyata ini) kalau nak berlaku adil kepada ahli sendiri pun tidak mampu?
Tindakan ini menunjukkan bahawa PKR sebenarnya adalah parti kuku besi yang hanya memberi keutamaan kepada pihak-pihak berkepentingan dengan Ketua Umum parti tersebut, Anwar Ibrahim semata-mata. Janganlah ada sesiapa yang berani nak mengusik, nescaya akan dapat bala seperti yang diterima Mohd Isa.
No comments:
Post a Comment