Monday 16 April 2012

NIZAR..!!! TANAH 500 EKAR MILIK SIAPA? CUKUP-CUKUPLAH MENIPU...!!!



Buka sahaja mulut, Nizar pasti menipu!

TIDAK cukup berbohong, menipu  dan memfitnah di pentas-pentas ceramah, Nizar Jamaludin menggunakan pula sidang Dewan Undangan Negeri Perak untuk meneruskan siri-siri pembohongannya yang disifatkan bukan sekadar mahu menipu rakyat malah menipu Dewan Undangan Negeri, tempat yang selama ini danggap dan disebut sebagai dewan yang mulia.

Tingkah dan karenah Nizar yang menggunakan kopiah, janggut sejemput, kadang-kadang menggunakan ayat-ayat Al-Qur`an dan hadis untuk menunjukan kononnya beliau seorang pemimpin Islam, kononnya beliau pemikir baru rakyat dan negeri Perak langsung tidak kena tempatnya apabila setiap kali beliau membuka mulut, segala cakapnya adalah bohong dan tipu semata-mata.

Melihat kepada biadapnya Nizar ini, memang wajar dan tidak salah lagi beliau dihumban keluar dari pejabat Menteri Besar sebelum ini kerana rakyat Perak tidak perlu pembohong seperti Nizar ini menjadi Menteri Besar mereka. Rakyat Perak telah membuat pilihan tepat dengan menggembalikan pentadbiran Negeri Perak kepada Barisan Nasional.

Rakyat Perak yang cerdik,bijaksana serta berakal panjang wajar dipuji kerana kalau mahu dibandingkan dengan segelintir lagi yang dilihat menjadi penjilat tegar Nizar kerana menolak bekas Menteri Besar ini apatah lagi pimpinan Nizar hanya bersandarkan kepada nama Islam dan PAS semata-mata sedangkan hakikatnya beliau telah memilih dari dulu, kini dan selamanya untuk menjadi barua ataupun budak suruhan DAP. Mungkin kerana darah yang mengalir dalam dirinya adalah darah Cina..!


Ciri-ciri pemimpin Islam Perak..!
Andainya Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menggunakan Peraturan-Peraturan Dewan sedia ada, Nizar wajar dihadapkan kepada Jawatankuasa untuk diambil tindakan sewajarnya tetapi memandangkan kepimpinan pembangkang ini kerjaya politik mereka penuh dengan putarbelit, cukuplah Nizar dimalukan dengan pendedahan-pendedahan bukti oleh kerajaan Barisan Nasional bahawa Nizar sebenarnya tidak melakukan apa-apa terhadap rakyat negeri Perak maupun dua kawasan yang beliau wakili iaitu Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang.

Nizar berbohong kononnya tidak mendapat peluang yang cukup untuk berbahas mengenai kawasannya DUN Pasir Panjang dan mendakwa soalan-soalannya tidak  dijawab sedangkan hakikat ataupun faktanya, tidak ada satupun soalan lisan atau soalan bertulis sejak  beliau menjadi wakil rakyat mengenai Pasir Panjang. Malah dalam masa perbahasan pun tidak ada satu soalan pun dibawa mengenai Pasir Panjang ataupun Bukit Gantang.

Yang beliau bahas,isinya hanyalah maki hamun terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional seperti mana beliau lakukan sewaktu beliau  berceramah  di pentas-pentas ceramah.Dewan Undang Negeri pun beliau buar seperti berceramah di tepi longkang. Dia kata tak ada masa. Beliau juga menipu bila beliau kata tidak diberikan peluang berbahas sebagai Ketua pembangkang dan kalau mahu dibandingkan dengan Cina DAP Ngeh, walaupun Cina DAP ini diberikan masa yang kurang daripada Nizar, Cina DAP ini ada juga membawa masalah rakyat ataupun pembangunan di kawasan yang beliau wakili. Nampak sangat kuatnya menipu si Nizar ini!

Nizar juga  menipu kononnya zaman beliau jadi Menteri Besar, Tajol Rosli diberikan masa hingga 2 jam setengah dan lagi besar penipuan yang Nizar lakukan kononnya beliau menyatakan bahawa semua masalah di kawasan DUN ataupun Parlimen beliau telah diselesaikan dengan cukup efisen melalui pejabat wakil rakyatnya sedangkan hakikatnya beliau tidak langsung mempedulikan masalah-masalah rakyat yang beliau wakili dan kepimpinan beliau sehingga ke hari ini menimbulkan kemarahan rakyat yang bukan sedikit.

Bukan penipu sahaja..ciri gila pun ada!
Dalam sidang DUN Negeri Perak,ramai pemerhati tertanya-tanya, kenapa wajah Nizar berubah serta pucat lesi  apabila MB Perak, Zambry Kadir mengangkat fail zaman Nizar menjadi Menteri Besar. Apa isi yang terkandung dalam fail itu? Adakah dokumen mengenai pemberian tanah kepada pemimpin-pemimpin PAS atau tanah milik beliau sendiri sewaktu beliau menjadi Menteri Besar dulu?

Belum sempat Zambry mendapat izin daripada ahli DUN untuk membaca isi kandungan yang terkandung dalam fail itu, juak-juak pembangkang kembali menjadi perangai  kera terpekik terlolong menganggu sidang dewan.

Kita pun ingin tahu juga, adakah isi yang terkandung dalam fail itu adalah pemberian tanah kepada Nizar sebanyak 500 ekar itu? Rakyat juga mahukan kepastian kerana di sana sini semua orang sudah mula bercakap, apakah benar di zaman Nizar, beliau telah mengagih-agihkan tanah-tanah di seluruh negeri Perak kepada semua pimpinan PAS negeri ataupun pusat? Pemimpin DAP tahukah tembelang Nizar ini?

Dan yang terloncat-loncat menjadi kera menghalang Zambry membaca isi kandungan fail itu juga adakah pemimpin yang turut sama mendapat durian runtuh hasil dari kerja Menteri Besar sementara ini?

Paling penting untuk kita renungi adalah,bukan sahaja Anwar Ibrahim dan seluruh keluarganya berbohong tetapi Nizar juga telah menjadi pemimpin Islam yang paling tegar pembohongan serta penipuannya.Islam Nizar hanya pada nama…! Kepada segelintir lagi rakyat Perak yang menyokong Nizar ini..cukup-cukuplah jadi bodoh dan diperbodohkan oleh Nizar Jamaludin ini..!

KREDIT TO ~ SANGGAHTOKJANGGUT

No comments: