Tuesday, 10 April 2012

NIZAR SUDAH KANTOI, ADUN PKR PULAK 'HILANG AKAL'...!!!

chanxx

Dah empat tahun tetapi ada wakil rakyat pembangkang  di Perak yang masih tak faham peraturan dewan.Kes ini mungkin agak terpencil namun ia tidak sepatut berlaku kerana peraturan dewan sepatut dihafal dan dihayati oleh wakil-wakil rakyat.
Pagi Isnin orang ramai terkejut yang mengikuti persidangan dewan)  gelagat seorang wakil rakyat dari PKR melanggar batas.
ADUN PKR Simpang Pulai  Chan Ming Kai mengundang kemarahan Speaker DUN Perak Dato’ R.Ganesan apabila menghampiri speaker membuat bantahan kerana soalannya tidak dijawab.
Beliau mulanya membuat “bising” di tempat duduknya sebelum bangun dan menuju ke arah speaker dan terus melempar kertas soalan bertulis  atas meja Ganesan.
Chan keciwa kerana soalannya tidak dijawab setelah speaker mengguna pakai perintah tetap 23(1) menolak permintaannya.
Bentara bertugas terpaksa membawanya keluar setelah speaker menggunakan kuasanya memerintahkan Chan meninggalkan dewan. “Keluar dari dewan,” Ganesan mengulangi arahan kepada Chan.
Insiden hari terakhir ini sewaktu Menteri Besar Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir menjawab soalan wakil rakyat BN Batu Kurau, Dato’ Najmuddin Elias.
Dr.Zambry kemudian memberitahu media bahawa tindakan Chan menunjukan sikap tidak puas hati  amat mengejutkan.
Sebagai wakil rakyat katanya Chan tidak boleh berkelakuan begitu yang boleh ditakrif mencemar kedudukan dewan. Speaker  harus dihormati dan perbuatan Chan  mencemar maruah dan kemuliaan dewan.
Menteri Besar berpendapat ada perkara yang tidak boleh dimaklumkan dalam dewan kerana ia maklumat sulit. “Tidak dibenarkan wakil rakyat bertindak begitu kerana speaker berkuasa . . .perbuatan ini tidak boleh diterima.”

Beliau mahu Chan belajar dari kesilapan.”Jangan kerana dikuasai perasaan marah, kita hilang panduan dan melakukan tindakan begini.”
Dr.Zambry mendedahkan pengalaman pahit sewaktu Pakatan Rakyat berkuasa 11 bulan, mereka tidak pernah menjawab soalan-soalan lisan yang beliau kemukakan.
Malah mereka meletakan soalannya di bahagian bawah sekali. “Tetapi saya tidak marah. Saya membangkitkan soalan-soalan itu ketika masa perbahasan”.
Katanya soalan-soalan lisannya tidak pernah dijawab tapi “itu biasa kerana itu hak mereka.”
Sementara itu Ganesan memberitahu media ada perkara yang tidak boleh dijawab sama ada secara lisan ataupun bertulis ketika dewan bersidang kerana  ia adalah rahsia kerajaan negeri.
Beliau mengakui ADUN Simpang Pulai itu inginkan jawapan kepada perkara  berkaitan tanah, kuari dan pembalakan serta juga senarai kontraktor yang mendapat projek PIA (Projek Infrastruktur Awam).
Ganesan juga tidak menafikan Chan menemuinya mengenai soalan-soalan berkenaan

No comments: