Azan bercakap demikian dihadapan orang ramai ketika hadir ke program anjuran parti itu di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad dekat sini Sabtu lalu. Menurut seorang pemimpin politik setempat yang tidak mahu namanya disiarkan, tindakan Azan itu jelas membuktikan beliau kini sudah semakin terdesak untuk mencari kerusi pada PRU-13 ini.
Populariti Azan semakin merudum bila kehadirannya yang mahu memantapkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu akhirnya dipandang sinis oleh kepimpinan PAS di sana.
Ia ditambah lagi dengan tindakan Azan yang mahukan PKR bertanding di tiga kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu. Tindakan Azan itu cukup tidak disenangi oleh kepimpinan PAS Terengganu. Malah ada yang mahu PKR "cermin diri" dulu sebelum berangan-angan untuk bertanding sebegitu banyak kerusi di negeri tersebut.
Ada yang mendakwa, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar Azan ke Terengganu adalah satu kesilapan besar buat PKR. Azan bukan sahaja ditolak oleh majoriti pimpinan PKR Cabang di negeri itu, malahan juga oleh PAS sendiri.
Maknanya, Azan gagal membuat perubahan terhadap PKR Terengganu selepas dia dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) itu. Tindakan Azan menerima jawatan tersebut sedangkan dia adalah Ahli Parlimen dan Ketua Cabang Indera Mahkota sungguh mengejutkan ramai pihak.
Tambahan pula, sejak Azan menerima jawatan tersebut jarang sekali dilihat kelibatnya di Indera Mahkota. Hingga ada yang meramalkan kerusi parlimen yang dimenangi beliau itu akan jatuh semula ke tangan BN pada PRU-13 ini nanti.
Semuanya gara-gara Azan Ismail yang dilihat jarang sekali "turun padang" selepas kembali ke negeri kelahirannya itu. Azan hanya dilihat popular di parlimen terutamanya bila membangkitkan isu-isu ekonomi dan hal ehwa kewangan.
Namun, di peringkat akar umbi beliau dilihat gagal untuk membela rakyat di kawasannya. Hatta, dalam isu Lynas sekali pun Azan jelas sekali dilihat tidak berpihak kepada rakyat sedangkan kilang tersebut berada dalam kawasan parlimennya.
Soalnya sekarang, benarkah Azan sudah tiada tempat lagi untuk bertanding sebagai calon PKR pada kali ini?. Sebelum ini terdengar desas-desus beliau mahu kembali ke Indera Mahkota, namun ia tidak disenangi oleh pemimpin lain yang sudah buat kerja di situ.
Malah, PKR juga khabarnya sudah ada calon lain yang lebih berwibawa untuk menggantikan tempat Azan pada PRU-13 ini. Jika ini berlaku, Azan tiada ruang lagi untuk bergelar Wakil Rakyat di parlimen itu nampaknya. Inilah yang amat merisaukan beliau sekarang ini agaknya. ~pahangdaily
No comments:
Post a Comment