Sunday 29 April 2012

BERSIH 3.0 - PDRM PUBLISHKAN NAMA PEMBANGKANG YANG MENGHASUT. ADAKAH TANGKAPAN AKAN DILAKUKAN SEGERA..???





Hebahan Media Pihak Polis PDRM telah merumuskan bahawa 
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Pembangkang berikut 
bertanggungjawab terhadap rempuhan oleh perusuh-perusuh di 
Dataran Merdeka sehingga menyebabkan kecederaan dan terpaksa dirawat. 
Mereka telah menghasut supaya bertindak agresif terhadap pihak Polis.

1- Masjid Negara  - Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Lim Kit Siang
2- LRT Masjid Jamek – Anwar Ibrahim, Ambiga
3- Jalan Tun Perak – Azmin Ali
4- SOGO – Hatta Ramli, Mahfuz Omar, Sallehuddin Ayub.

“Sebelum peserta perhimpunan merempuh dan memasuki 
Dataran Merdeka, terdapat beberapa orang pemimpin pembangkang 
dan NGO, telah memberi ucapan kepada peserta perhimpunan”

“Selepas ucapan tersebut, peserta perhimpunan telah bertindak 
agresif dengan membaling pelbagai objek ke arah Polis dan merempuh 
penghadang serta bergerak menghala ke Dataran Merdeka. 
Pihak polis telah mengambil tindakan dengan melepaskan 
tembakan air dan kemudiannya di ikuti dengan gas pemedih mata bagi 
menghalang kemaraan kumpulan tersebut..” 
Ketua Polis Kuala Lumpur, dari FB PDRM.


Jelas lah kepada kita bahawa sebagai rekod rasmi kerajaan, perusuh-perusuh 
telah bertindak agresif selepas di api-apikan oleh pemimpin politik. 
Oleh itu pihak Polis terpaksa bertindak segera dengan melepaskan tembakan 
air dan gas pemedih mata.

Jika terdapat segala bukti-bukti dan pihak PDRM telah mengeluarkan 
Kenyataan Media yang pemimpin Pakatan bertanggunjawap, maka tindakan 
selanjutnya ialah menahan mereka kerana menghasut sehingga menimbulkan 
huru-hara dan menyebabkan kecederaan awam.

Sanggup kah pihak Polis bertindakan demikian atau mereka akan 
menunggu arahan selanjutnya dari Hishamuddin.


Hishamuddin pula akan memberi jawapan standard, “kita serahkan kepada 
pihak Polis”.

Pihak Polis pula akan mengeluarkan jawapan standard, “sehingga kini kita 
belum ada menerima apa-apa lapuran dari orang awam, maka kita tidak 
boleh memulakan siasatan untuk diambil apa-apa tindakan”

Kadang-kadang kita naik give-up juga. Penghasut dan pengkhianat negara 
seperti Anwar dan Ambiga tetap bermaharaja lela dan mengambil 
kesempatan terhadap kelemahan sistem birokrasi untuk menghancurkan 
negara.

Apa yang kita boleh buat, selain tunggu dan lihat negara dihancurkan 
satu demi satu.


Tunggu pi tunggu mai, datang pula Bersih 4.0.


BY - HHalem

2 comments:

Anonymous said...

Menteri dalam negeri akan kata...saya dah beri amaran....amaran dan amaran....itu saja...telor takde ke??????

Anonymous said...

Menteri2 yang lain akan kata.... siasatan akan dijalankan.. siasatan sedang dijalankan.... sudahnya, berlalu mcm tu juga. Bersih 4.0 pulak muncul. Setiap kali Bersih muncul, rakyat diminta utk buat report seberapa banyak, tapi apa tindakan dari pihak berkuasa??? Muak lah!!!