Wednesday, 28 March 2012

TUN SITI HASMAH BERPESAN.....



Radio TRAXXXfm (RTM) di Wisma Radio Angkasapuri telah membuat temubual eksklusif 30 minit bersama Tun Siti Hasmah, 86, isteri kepada Perdana Menteri paling lama memerintah dalam sejarah di Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Beliau berkongsi pengalamannya ketika Dr. Mahathir menerajui negara dan berhadapan beberapa krisis yang sangat kritikal ketika itu iaitu krisis mata wang dan politik pada tahun 1998, dipecat dari UMNO pada tahun 1969 dan ketika mengumumkan untuk bersara dari politik sekaligus meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 2002.


Kita ikuti beberapa pesanannya yang ditujukan kepada isteri-isteri pemimpin masyarakat apabila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu :
  • Sentiasa tenang dan gigih menyokong suami semasa menghadapi situasi kritikal.
  • Jangan menambah tekanan terhadap suami yang sedang menghadapi sesuatu krisis dengan mencampuri atau bertanyakan yang bukan-bukan terhadap perkara itu.
  • Penting untuk memastikan sebarang krisis yang dihadapi suami mereka dapat ditangani sewajarnya.
  • Bila suami ingin memperkatakan mengenai krisis yang dihadapinya kepada kita, pastikan kita mendengar apa yang suami mahu perkatakan.
  • Prihatin dan sentiasa berhati-hati agar anak2 juga memahami situasi yang berlaku.
  • Jangan mendiskriminasi anak-anak yang sedang membesar dengan mempunyai sifat pilih kasih dalam keluarga.
  • Ibubapa juga, semestinya perlu kerap meluangkan masa dengan anak-anak.


Walaupun nampak simple, tetapi sudah semestinya apa yang diperkatakan oleh Tun Siti Hasmah itu sangat bermakna buat dirinya. Sepanjang menjadi isteri kepada pemimpin utama negara pada masa itu, beliau tidak nampak dikritik atau digossipkan dengan pelbagai perkara yang menjelekkan oleh 'musuh politik' suaminya.


Semoga beliau panjang umur dan terus sihat...... 




1 comment:

Anonymous said...

Begitulah sepatutnya peranan seorang isteri kepada pemimpin.