SEMAKIN ramai orang Melayu kini meminggirkan diri dari arus perdana politik dengan menganggap diri mereka sebagai "kumpulan apolitical" yang berkecuali. Kononnya, mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.
Faktor bosan dengan kerenah orang politik serta hilang kepercayaan terhadap sistem politik adalah antara alasan utama yang sering diberikan golongan terbabit. Sementara itu, golongan usahawan Melayu dan Melayu profesional pula mengambil sikap berkecuali dengan mengeluarkan kenyataan "kami berniaga, tak boleh campur politik" dan "kami tak boleh campur hal ehwal politik sebab kami berniaga dengan kerajaan dan kami akan teruskan perniagaan kami dengan kerajaan walaupun berlaku pertukaran kerajaan selepas pilihan raya".
Namun, berbeza pula halnya dengan orang bukan Melayu yang dilihat semakin peka berpolitik. Golongan ini didapati semakin ramai menyertai arus perdana politik. NGO mereka pula sedia menyokong mana-mana parti politik yang boleh membantu mencapai agenda mereka, termasuk agenda perniagaan, kerakyatan, sekolah vernakular dan sebagainya.
Tiada istilah berkecuali dalam NGO massa bagi masyarakat bukan Melayu. Justeru, tidak hairanlah suara politik bukan Melayu semakin lantang dan semakin kuat.
Ini disebabkan majoriti masyarakat bukan Melayu sudah sedar maju atau mundurnya bangsa mereka bergantung kepada "political bargaining" atau "kuasa tawar menawar politik" yang ada pada mereka.
Oleh itu, istilah "kami tidak mahu berpolitik" atau "kami apolitical" tidak lagi relevan dalam masyarakat bukan Melayu.
Lain pula halnya dengan masyarakat Melayu. Semasa memperjuangkan kebebasan dari jajahan British, orang Melayu lah yang bertungkus-umus dan bermati-matian berjuang dalam landasan politik demi mencapai kemerdekaan. Di era pasca Merdeka, Melayu hebat berpolitik demi memajukan bangsa, agama dan negara.
Pasca 13 Mei, Pas dan UMNO sanggup mengetepikan perbezaan politik demi memantapkan kuasa politik Melayu Muslim yang terhakis dan tercabar dalam peristiwa pra-13 Mei 1969.
Hari ini, walaupun kerajaan UMNO dan Barisan Nasional berjaya melahirkan ramai usahawan, graduan dan profesional Melayu, masih ramai di kalangan mereka dilihat selesa berada dalam zon selesa.
Mereka menganggap politik sebagai instrumen merosakkan Melayu sehinggakan ada yang menganggap amat popular jika tidak berpolitik dan kekal dengan jenama ahli korporat, usahawan dan profesional yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Maka, semakin ramai yang tidak mahu menyertai UMNO dan tidak mahu masuk Pas. Akibatnya, semakin kurang gema suara politik Melayu berbanding gema politik bukan Melayu.
Maklumlah, ramai Melayu yang tidak mahu menyertai UMNO dan ramai yang tidak mahu menyertai Pas. Justeru, mereka duduk di atas pagar atau menyertai NGO di atas pagar.
Jika dulu laungan "biar putih tulang asal jangan putih mata" menjadi pegangan semua orang Melayu, kini majoriti yang di atas pagar dan dalam NGO berpendapat sekiranya mana-mana parti politik menang sekali pun tidak mengapa, dunia tidak akan kiamat dan Melayu tidak akan dipinggirkan. Ada yang begitu yakin bahawa "nasib yang menimpa Melayu Singapura tidak akan menimpa Melayu Malaysia" walaupun Melayu Malaysia hilang kuasa memerintah dalam kerajaan.
Ramai juga golongan atas pagar ini menganggap tindakan DAP memperbanyakkan penyertaan ahli Melayu dan akan meletakkan ramai calon Melayu dalam PRU13 sebagai petanda nasib Melayu akan terus dibela. Golongan atas pagar ini tidak percaya jika dikatakan tindakan DAP memperbanyakkan ahli Melayu bertujuan menjadikan Pas tidak relevan dalam Pakatan Rakyat.
Terkini JATI pula ditubuhkan sebagai NGO yang dijangka amat berpengaruh tetapi apolitical. Kalaulah tiada perancangan untuk JATI dibubarkan akhirnya dan kesemua ahlinya memasuki mana-mana parti politik Melayu Muslim, maka kehadiran JATI (Jalur Tiga) yang mempunyai tujuan murni, sebenarnya adalah aliran baru yang berbahaya kerana ia dilihat mampu mengurangkan lagi gema politik Melayu dan Islam dalam arena politik.
Kalau usaha menubuhkan NGO atas pagar atau NGO berkecuali ini berterusan, status Melayu dibimbangi akan berubah di masa hadapan. Masyarakat Melayu tidak lagi akan menjadi "game changer", sebaliknya akan ditakrifkan sebagai "harmless political observer" atau "pemerhati politik yang tidak berbahaya".
Maka, akan terhapuslah jenama politik Melayu pra-merdeka. Melayu era pra-merdeka ketika itu amat gah dijenamakan sebagai "janakuasa atau prime mover" kepada kebangkitan gerakan kemerdekaan, pencetus arus kemajuan dan pemodenan negara" yang sanggup menggadai nyawa demi memperkukuhkan politik Melayu Muslim.
Kembali kepada aliran Melayu memasuki NGO dan bersikap atas pagar. Sesuatu perlu dilakukan. Yang pasti, mewujudkan NGO demi NGO dan membentuk barisan bertindak NGO bukanlah jawapannya. Tindakan sedemikian amat berbahaya kerana ia akan mengajak Melayu supaya meninggalkan arus perdana politik. Penyelesaian terbaik adalah supaya UMNO mahu pun Pas menjenamakan dirinya sedemikian rupa agar menjadi parti pilihan utama orang Melayu Islam. Jika, ini tidak dapat dilakukan, elok juga difikirkan bagaimana Barisan Jemaah Islamiyah Malaysia atau BERJASA diaktifkan semula. Parti BERJASA ini yang dulunya pernah memerintah Kelantan boleh menjadi pilihan alternatif kepada NGO Melayu atau Melayu atas pagar.
Yang penting semua umat Melayu Islam perlu memasuki arus perdana politik agar gema politik Melayu lebih kuat daripada gema politik bukan Melayu. Ini bukanlah seruan berbentuk rasis, namun ia sekadar mengingatkan bangsa Melayu yang kini dianggap semakin mundur dari aspek ekonomi, politik, sosial dan nilai agama memerlukan gema politik yang lebih lantang.

0LEH : DATUK RADZI LATIF ialah bekas Presiden Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM).
No comments:
Post a Comment