“Kalau ada kesilapan tidak ada salahnya kita memohon maaf. Tidak seperti pemimpin pembangkang yang tidak pernah akui kesilapan sebaliknya selalu menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri.
“Sepatutnya pemimpin pembangkang malu dengan sikap Perdana Menteri. Kalau nak diikutkan pemimpin pembangkang sepatutnya paling banyak kena minta maaf atas segala pembohongan dan ketidakmampuan mereka menunaikan janji kepada rakyat.
“Berapa banyak janji mereka yang telah ditaburkan pada pilihanraya umum lalu dan berapa banyak yang telah ditunaikan. Mereka tak mohon maaf sebaliknya salahkan orang lain atas kegagalan mereka… inilah moral pemimpin pembangkang yang tak tahu malu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Pemimpin pembangkang sepatutnya berasa malu dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat permohonan maaf bagi pihak Barisan Nasional (BN) atas kesilapan lalu yang menunjukkan bahawa pemimpin atau pun parti BN sentiasa bermuhasabah diri.
Sambil menyifatkan tindakan Perdana Menteri itu sebagai satu yang harus dipuji dan dicontohi, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sikap tersebut juga adalah selaras dengan tuntutan Islam.
SETERUSNYA.... DI SINI
No comments:
Post a Comment