Saturday 10 March 2012

PANAS!!! 2 MANTAN S/U SULIT ANWAR DEDAH DANA YAHUDI BIAYAI PKR..!!!

AIDCNews -10/03/12 – Dua orang bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sumber dana Ketua Umum PKR yang diragui sumbernya.
Muhamad Rahimi Osman berkata semasa pilihanraya umum ke-12, Anwar telah membelanjakan kewangan yang besar yang dicurigai sumbernya.
“Contohnya masa pilihanraya..tengok berapa banyak Anwar belanjakan duit..sedangkan semua calon PKR, semua yang bertanding, dia yang biaya wang pendahuluan.
“Saya pun terfikir mana Anwar dapat duit banyak ni..di dalam PKR dia tak pernah sebut, bagaimana dia dapat dana..sedangkan kalau tanya Bendahari PKR, dia sendiri tidak tahu PKR ini ada berapa banyak duit..daripada mana datangnya duit-duit PKR”, katanya.
Anuar Shaari turut mendedahkan Ketua Umum PKR itu mempunyai sebuah syarikat perniagaan yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan menerima pembiayaan daripada kumpulan-kumpulan tertentu.
“Kita dapat tahu bahawa dana ke dalam syarikat ini dibiayai oleh kumpulan-kumpulan tertentu dari luar negara untuk menaikkan imej beliau di mata dunia”, katanya.
Turut dipersoal adalah dua pucuk surat yang dikirim Anwar kepada dua tokoh Yahudi, iaitu George Soros, pengurus dana Open Society Institute (OSI) dan Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy).

No comments: