Friday, 23 March 2012

ISLAM ITU JUMUD DAN USANG... ANWAR CAKAP!!!



Baru-baru ini saya menonton satu rakaman video di Youtube mengenai Anwar yang menyampaikan satu ucapan di Pusat Islam Liberal Indonesia, Komuniti Salihara, Jakarta.
Di dalam ucapan tersebut, Anwar memperkatakan tentang minatnya terhadap buku-buku karangan Salman Rushdie, termasuk The Satanic Verses.
Menurut Anwar, karya-karya Salma Rushdie sangat indah karangannya sehingga dia mengaku terlalu minat untuk membaca karya-karya penghina Islam yang dijatuhkan hukuman mati oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayarollah Khomenei.
Komen Anwar mengenai karangan Salman Rushdie itu bagaikan terlalu indah lenggok bahasanya melebihi kesusasteraan agung karya Allah SWT, iaitu Al-Quran Al-Karim yang tiada tolok bandingnya sehingga hari kiamat.
Tak mengapalah. Itu hak Anwar untuk meminati dan memuja Salman Rushdie dan karya-karyanya. Itu biasa bagi saya untuk mengetahui perkara tersebut kerana Anwar selama ini memang pro-Yahudi.
Namun, saya benar-benar terkejut dan sangat marah dengan satu kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa Islam itu sangat usang dan jumud sekiranya agama Allah itu mengongkong kebebasan umatnya.
Begini kata-kata Anwar…
“Jadi saya, kalau Islam itu mengongkong kebebasan..Islam sangat usang dan jumud,”
Astaghfirullah Al-Azim. Kata-kata itu seolah-olah membayangkan saya kepada kebebasan secara mutlak yang dituntut oleh Anwar, Ambiga dan konco-konconya.
Setahu saya, silalah rujuk kepada mana-mana ulama muktabar atau cendekiawan Islam sebenar. Sudah tentu mereka akan berpendapat bahawa Islam adalah merupakan sebuah agama yang tidak memberikan kebebasan kepada umatnya untuk melakukan apa saja yang mereka suka.
Contoh yang paling mudah adalah solat. Islam mewajibkan umatnya melakukan solat sebanyak lima kali mengikut waktu-waktu yang ditetapkan iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Bila disebut wajib hukumnya, maka mahu atau tidak mahu, umat Islam mesti taat pada arahan tersebut tanpa kompromi.
Maksudnya, umat Islam tidak boleh melakukan solat sekali, dua kali, tiga kali atau empat kali sehari. Dalam masa yang sama, solat zohor tidak boleh dilakukan pada waktu asar, maghrib, isyak atau subuh melainkan diberikan ‘rukhsah’.
Selain itu, solat juga tertakluk kepada rukun-rukun yang ditetapkan dan meninggalkan salah satu rukun tersebut akan menyebabkan solat tersebut tidak sah. Tiada kebebasan di dalam solat kerana kita tak boleh makan, minum, sembang dengan rakan, main game atau membuang air kecil ketika bersolat.
Itu baru satu contoh mudah yang memperlihatkan bahawa Islam tidak memberikan kebebasan secara mutlak kepada umatnya untuk bebas melakukan apa saja yang mereka suka.
Katakanlah manusia difitrahkan suka berjima’. Maka jima’ tersebut perlulah dilakukan secara yang dihalalkan oleh Islam. Di dalam Islam, jima’ hanya boleh dilakukan bersama isteri atau suami yang dinikahi secara sah menurut hukum yang ditetapkan.
Begitu juga, Islam tidak pernah menghalalkan jima’ sesama jenis atau pasangan yang belum dinikahi. China Doll dan Siam Dolls halal dijima’ sekiranya sudah dinikahi oleh seorang muslim. Tapi jika belum nikah, bersentuhan pun sudah dikira haram.
Tak tahulah hukum mana yang Anwar pakai. Tapi itulah hukum yang saya pegang yang disepakati oleh sunnah wal jamaah.
Dari beberapa contoh yang saya berikan itu, jelas sekali Islam tidak memberikan kebebasan mutlak kepada umatnya. Ada yang dibenarkan dana ada yang tidak. Semuanya tertakluk kepada hukum. Dan hukum inilah yang dikatakan “mengongkong” Anwar?
Seorang umat Islam yang faham agamanya tidak pernah menganggap Islam mengongkong kerana dia melakukan segala hukum Islam itu dengan senang hati dan penuh keimanan. Lainlah jika kita suka langgan China Doll atau “lubang kunyit”, memang “mengongkong”lah pandangannya.
Pada saya, Anwar memang liberal dalam hal ini. Fahamannya terlalu bebas. Mungkin sebab itulah dia dikatakan mempelopori fahaman pluralisme yang difatwakan sesat di Malaysia.
Tapi, Anwar jugak yang nak diangkat isterinya untuk menjadi Perdana Menteri ke-7? Orang yang mengatakan Islam itu usang dan jumud pun mahu diangkat menjadi pemimpin? Na’uzubillah min hadhassyaitonirrajimmmm…wallahua’alam – mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Pagi kata lain, ptg kata lain...ketuat umum PKRogol