PENCULIKAN...???
MELARIKAN DIRI...???
RELA, TERPAKSA ATAU TERGODA...???
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan.
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan.
Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Kalau ku pinang, pinang tak dapat
Ku pujuk-pujuk, ku bawa lari
Biar senang puyuh berlari
Kalau ku pinang, pinang tak dapat
Ku pujuk-pujuk, ku bawa lari
Itulah masalahnya lelaki yang bawa lari anak dara orang ni, singkat benar pemikirannya. Kalau dah sayang sangat, masuk meminang sampai dapat. Kalau niat itu ikhlas, insyaAllah lambat laun akan dapat.
Ini tidak, ambil jalan mudah seperti ini. Yang kasihan, mak bapa. Tak reti nak berfikir langsung? Esok² lari ikut lelaki² yang tak pandai nak bertanggungjawab, masa depan anak² yang bakal lahir itu bagaimana? Menyusahkan mak bapa dan orang ramai.
No comments:
Post a Comment