Wednesday 7 March 2012

FAKTA YANG TIDAK AKAN DIDEDAHKAN OLEH PUAK-PUAK PEMBANGKANG...!!!


Statistik di bawah tidak mungkin akan disebut oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang. Malah portal pro-pembangkang seperti MalaysiaKini, HarakahDaily dan lain tidak mungkin akan menyiarkan perkara di bawah!

Di bawah adalah Indeks Keamanan Global tahun 2011 yang mengukur tahap keamanan 153 negara di dalam dunia ini. Dan yang sangat membanggakan ialah Malaysia di bawah kerajaan BN berada tempat ke-19 daripada 153 negara.


Malaysia berada di tangga 1 di Asia Tenggara. Singapura berada di tangga 24, Indonesia (68), Thailand (107) dan Filipina (136).

Yang lebih membanggakan ialah Malaysia berada dinombor 2 selepas negara Jepun di Asia.

Kestabilan kerajaan BN mentadbir negara juga menyaksikan negara ini jauh lebih baik daripada Amerika Syarikat (82) dan negara Turki yang sering diagung-agungkan oleh Anwar Ibrahim. Turki berada di tangga 127.

MiM difahankan salah satu daipada sebab ialah penurunan indeks jenayah sebanyak 11 peratus yang direkodkan tahun lalu membolehkan Malaysia diiktiraf.

Dan sudah pasti kejayaan Malaysia ini akan menyebabkan masyarakat antarabangsa semakin yakin melabur di negara ini. Kejayaan dan kestabilan kerajaan BN memang sudah terbukti.

Dengan keamanan yang dikecapi selama ini, rakyat tentu berasa kecewa dan marah apabila mengetahui terdapat anasir-anasir luar yang bertopengkan NGO dan Hak Asasi cuba membiayai NGO atau alat media serta masuk campur di dalam struktur demokrasi negara ini.

Kebanyakan anasir-anasir luar tersebut dikatakan membiayai NGO dalam negeri yang sering buat kacau dan mengganggugugat ketenteraman rakyat.

Dalam masa yang sama, indeks kemanan ini mengingatkan kita kepada keceluparan mulut Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap kroni tegar Lim Kit Siang yang menghina negeri Johor sebelum ini. Guan Eng DAP yang sekarang bergelumang dengan krisis kepercayaan dek skandal bilion ringgit wang rakyat, telah memburuk-burukkan negeri Johor di depan orang asing.

Dan tindakan beliau dikutuk keras oleh rakyat Malaysia yang melihat beliau hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Dek keculaparan mulut DAP itu, kerajaan terpaksa menerangkan kepada pihak pelabur supaya mereka tidak terpedaya dengan dakwaan Setiausaha Agung DAP itu.


Di bawah adalah kenyataan DS Mustapha Mohamed yang menulis artikel bertajuk Vying For FDI: Follow Ground Rules yang disiarkan di dalam Business Times.

Di antara artikel beliau ialah mengenai keceluparan dan kebiaDAPan Lim Guan Eng yang memburuk-burukkan negeri Johor dan juga angkat bakul sendiri.

Setiausaha Agung DAP itu sangat melampau dan tidak boleh dibiarkan lagi. Enough is enough ! Rakyat sudah benci dengan politik murahan DAP!

Di antara kenyataan Menteri Perdagangan & Industri Luar Negeri itu,
Baru-baru ini, misalnya, saya telah difahamkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika berucap pada satu majlis di luar negara mengkritik Johor.


Beliau mendakwa bahawa orang-orang yang pergi ke sana mungkin akan "diculik", berbeza ke Pulau Pinang - yang dia diisytiharkan sebagai negeri yang paling selamat di Malaysia.

Ini adalah agak tidak tepat kerana ia tidak mencerminkan realiti sebenarnya di akar umbi.

Yang benar adalah bahawa kedua-dua negeri telah mencatatkan penurunan kadar jenayah sepanjang tahun lalu, seperti yang dibuktikan oleh indeks jenayah terbaru Pasukan Polis Diraja Malaysia mengikut negeri.

Kritikan Lim terhadap Johor adalah keras dan tidak munasabah.

No comments: