Friday 30 March 2012

AL-FATIHAH - RAJA KECIL SULUNG PERAK MANGKAT

shkrajaashman

Raja Kecil Sulung Perak, Raja Ashman Shah Sultan Azlan Muhibbudin Shah mangkat pagi tadi di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Berita kemangkatan Raja Ashman juga menarik perhatian pengikut-pengikut tariqat Naqshabandi seluruh dunia selepas blog peribadi pemimpin tariqat tersebut, Sheikh Hashim Kabbani antara yang paling awal menyiarkan berita tersebut.
Menurut kenyataan di dalam blog tersebut, Shaikh Hashim Kabbani merakamkan takziah atas pemergian Raja Ashman, dan meminta semua pengikut tariqat tersebut mengadakan bacaan tahlil, yassin dan solat jenazah ghaib.
"Lidah tidak dapat mengungkap simpati dan kasih sayang kami kepada Raja Asman, ia merupakan satu kehilangan besar kepada Maulana Sheikh Nazim Haqqani dan semua murid," kata kenyataan tersebut.
Jelas kenyataan itu lagi, Raja Ashman mangkat sejurus majlis zikir malam tadi.
Raja Ashman dikenali sebagai penaung tariqat Naqshabandi yang amat dihormati di seluruh dunia. Beliau mengadakan majlis zikir di kediaman Bukit Damansara setiap malam Jumaat.
"Kami memohon kepada Allah SWT memberikan ketabahan kepada keluarganya, isteri dan anak-anak," kata kenyataan tersebut.-30/3/2012
BERIKUT disiarkan  KENYATAAN PENUH SHEIKH MUHAMMAD HISHAM KABBANI
Bismillahi’ r-Rahmani ‘r-Raheem
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilayhi raji`oon. To Allah we belong and unto Him do we return.
On behalf of Mawlana Shaykh Nazim al-Haqqani and his family: Hajjah Naziha, Shaykh Muhammad, Hajj Baheddin, Hajjah Ruqiyya, Shaykh Hisham and Feridun and all grandchildren of Mawlana Shaykh Nazim and on behalf of all Naqshbandis around the world we express our deepest condolences for the passing of His Royal Highness Raja Ashman bin Azlan Shah.
The tongue cannot express the warm sympathy and love that we all had for Raja Ashman. It is an extraordinary tragedy and a great loss to Mawlana Shaykh Nazim and all his mureeds and everyone of us feels it intensely.
shaykh-nazimHe left this life immediately after doing dhikr tonight. We request all mureeds to make salat al-janaza al-ghaib for him in their mosques or homes, asking Allah that his soul be with the Prophet Sallallahu Alayhi Wassallam and with Grandshaykh `Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani Alayhi Rahma. We ask everyone to do tahlil by reciting Surah Yasin and dhikr and dedicating it to his soul.
We express the deep condolences of all the mureeds of Mawlana Shaykh Nazim around the world and especially in Malaysia.
We ask Allah swt to give patience and perseverance to his family, his wife, his children, his father Sultan of Perak and his mother the Queen of Perak and all his sisters and his brother Raja Muda.
Sincerely,
Shaykh Muhammad Hisham Kabbani

2 comments:

Bicara Perjuangan said...

Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini akibat serangan asma.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor ketika dihubungi Bernama berkata Raja Ashman menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 awal pagi tadi.

Beliau berkata jenazah Almarhum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar, untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas selepas Asar.

Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat meninggalkan isteri Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.

Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.

Anonymous said...

Jenazah Raja Sulung Kecil, Almarhum Datuk Seri Raja Ashman Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Di Raja Bukit Chandan, lewat petang tadi.

Sebelum itu, jenazah tiba di perkarangan Masjid Ubudiah dengan menggunakan pedati khas berwarna kuning yang diusung oleh anggota tentera kira-kira jam 6.30 petang.

Selesai disembahyagkan kira-kira 200 jemaah, jenazah Almarhum dibawa ke perkarangan makam diraja Perak yang terletak berhampiran dengan masjid.

Turut mengiringi jenazah almarhum, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Bainun dan kerabat diraja yang lain termasuklah Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim dan selain Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengetuai bacaan talkin sebaik sahaja urusan pemakaman selesai pada jam 7 petang.

Sultan Azlan kemudiannya menyiram air mawar di atas pusara Almarhum Raja Ashman Shah diikuti oleh Tuanku Bainun dan Raja Nazrin Shah.
http://peraktoday.com/wp/?p=54264