Monday, 13 February 2012

'SUPERMAN' KUALA KANGSAR.....

HARI INI PENULIS TERTARIK DGN SATU ENTRY DARI AGENDADAILY, TULISAN EN. YUSOF HARUN, MENGENAI SEORANG YB YG DIGELAR BELIAU SEBAGAI 'SUPERMAN' KUALA KANGSAR......


zambry-kk1

ADUN Manong Datuk Ramly Zahari dilihat macam “superman” Kuala Kangsar. Maksudnya dia seorang yang kuat bekerja serta bekerja  tanpa mengira masa.
Justeru walaupun dia sebenarnya ADUN Manong, dia juga seorang yang dikenali bukan saja di Manong malah di setiap pelusuk Kuala Kangsar.
Sebagai contoh ketika berlangsung perkahwinan anaknya tahun lalu yang dibuat di dewan jublee, Kuala Kangsar, lebih 10,000 orang hadir.
Dari wajah-wajah biasa hingga membawa kepada wajah-wajah mereka yang hanya dikenali sebagai pengundi di kawasan Kuala Kangsar. Mereka hadir kerana diundang tetapi kehadiran mereka adalah juga kerana factor  hosnya.
Ramly dikenali sebagai seorang yang peramah. Maka tetamu-tetamu yang memeriahkan majlis hari itu melihat perlaksanaan konsep 1Malaysia. Tetamu terdiri dari pelbagai kaum dan latarbelakang.
Rencana yang anda baca adalah mengenai walkabout Menteri Besar Perak ke bandar Kuala Kangsar minggu lalu (Khamis). Justeru sebagai hos Ramly sekali lagi menjadi perhatian.
Kedatangan Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir menaikkan saham politik ADUN Manong itu  sekaligus memberi peluang kepada penduduk-penduduk di kawasan itu berinteraksi dengan Menteri Besar.
Ramly sangat sinonim dengan Kuala Kangsar, justeru jika kita ke bandar yang dikenali sebagai Bandar diraja itu kita dapati bandar itu merupakan salah satu pusat tarikan pelancung.
Istana Bukit Chandan, tempat bersemayam Sultan Perak dan Masjid Ubudiah adalah mercu tanda dan ikon Kuala Kangsar.
Walaupun kedua-dua ikon ini tidak ada kena mengena secara langsung dengan Ramly namun sebagai wakil rakyat, Ketua UMNO bahagian Kuala Kangsar dan sebagai anggota EXCO kerajaan, peranannya tidak boleh dikesampingkan.
Di tengah-tengah arus politik yang tidak menentu ini dan menjelang pula PRU ke13,  Ramly terpanggil untuk mendepani  kritikan dari beberapa NGO mengenai isu lot-lot tanah kepada bekas anggota tentera dan polis.
Ramly bukannya gemarkan publisiti murahan sebab itu dia bekerja di luar dunia publisiti. Kebanyakan kerja yang dibuat sama ada sebagai wakil rakyat ataupun EXCO hanya diketahui pengundi-pengundi di kawasannya.
Kadangkala bagi pemandu yang ke utara menggunakan lebuhraya utara selatan, mereka akan berselisih di waktu pagi dengan kenderaan yang membawa ADUN Manong itu ke Ipoh, begitu juga disebelah  waktu malam.
zambry-kk3

Parlimen Kuala Kangsar dan dua DUNnya secara tradisinya dianggap kawasan selamat BN namun ini tidak bermakna Menteri Besar harus terlepas pandang.
Penduduk yang berada di waktu pagi di sekitar lembah sayong agak terkejut melihat DrZambry dan rombongan berjalan dan menyapa serta bersalam dengan orang ramai dan pekedai  yang berniaga di situ.
Dr.Zambry memulakan awal pagi itu dengan bersarapan di kedai Helmi yang antara lain menyajikan roti canai.
Menteri Besar teruja melihat Roslan Mat Zain sedang menebar roti canai dan sempat berbual. Dengan segelas teh tarik, Dr.Zambry menikmati sarapan roti canai dan nasi lemak.
Ramly dan ADUN Chandan Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad turut mengiringi program sarapan Menteri Besar dengan penduduk yang kebetulan  berada di Lembah Sayong.
Manong baru-baru ini mencatat sejarah apabila seorang pelajar orang asli memperoleh keputusan 8A dan 2B dalam peperiksaan SPM.
Pelajar berkenaan, Hojita Itam, 18 tahun adalah pelajar Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Manong.
Cerita kejayaannya boleh menarik minat pembuat filem cereka kerana antara formula kejayaan termasuklah tekun dan rajin berusaha. Hojita terpaksa  berjalan kaki dua jam setiap hari, naik van dan bot bagi membolehkan ke sekolah.
Pelajar ini yang berasal dari Kampung Ulu Bekor menolak tawaran memasuki asrama kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga.
Ramly terharu bila mendapat tahu kejayaan Hojita.
Hojita yang ditemani bapanya, Itam Chu yang berusia 46 tahun pernah diraikan Menteri Besar dalam satu majlis. Pelajar itu juga menerima computer riba, wang tunai dan sijil penghargaan.
Sebelum lawatan Menteri Besar ke Kuala Kangsar, Ramly memberitahu media kerajaan negeri menerima 11,000 permohonan untuk program Rancangan Penempatan Penempatan Tersusun Perwira.
Permohonan itu datang dari bekas anggota tentera dan polis dan selaku pengerusinya, Ramly memaklumkan permohonan  masih  terbuka.
Beliau membidas Ngo-Ngo yang memprotes dan mengkritik kerajaan sebagai cuba “menjadi hero”.
Sebelum itu beberapa Ngo menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar mendesak kerajaan menunaikan janji (projek RPT Perwira) kepada bekas tentera dan polis.
Setengah pihak melihat tindakan Ngo-Ngo ini macam kata orang ada udang dibalik batu dan usaha mereka macam mahu memastikan peluang Ramly bertanding dalam PRU ke13 tipis.
Menteri Besar dalam walkabout ke Bandar diraja itu juga tidak ketinggalan merasmikan pelancaran projek penapisan tebing sungai loji rawatan air kota lama kiri.
Projek penapisan tebing sungai loji ini merupakan projek pertama seumpama ini di negara ini membabitkan pengenalan teknologi baru  dalam industri air. Tujuannya bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.
Dr.Zambry memberitahu satu sidang media selepas perasmian itu, kos projek ini  RM 4.5 juta melibatkan teknologi dan kepakaran Korea boleh memproses 25 juta liter air sehari bagi kegunaan 100,000 penduduk yang tinggal di kawasan ini.
IKUTI SETERUSNYA.... DI SINI

No comments: