Wednesday, 22 February 2012

SELEPAS PERTEMUAN ANWAR - NIK AZIZ........

Anwar mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz kira-kira sejam di PNB Darby Park, Kuala Lumpur bagi menjelaskan pendiriannya berhubung dengan isu sokongan kepada Israel seperti yang dilaporkan WSJ.Hadir sama dalam pertemuan itu adalah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Selepas 40 minit bertentang mata, Anwar berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini selari dengan pandangan Hamas dan Fatah. 



 

"Saya rasa baik sebab dah beri penjelasan," kata Anwar.

"Akhirnya saya bagi tahu, saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu."

Malah, katanya, kenyataannya kepada WSJ yang juga menyatakan "pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin" tidak disiarkan sepenuhnya.

When asked, he said he would not take legal action against the Wall Street Journal (WSJ) for the report, as "it stated the contingency, unlike Berita HarianUtusan Malaysia and TV3", which he claimed reported only part of his statement.

-- SUMBER MALAYSIAKINI 21 FEB



“Kenapa saya nak saman WSJ ??? Mereka letak perkataan ‘contingent‘ yang tidak disebut (oleh media UMNO). Mereka (media Umno) hanya melapor fitnah,” kata Anwar Ibrahim seperti dilaporkan Mstar,memetik kata-kata Ketua Umum PKR itu yang tidak akan menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan mengenai sokongannya terhadap Israel yang disiarkan akhbar itu bulan lepas.

Bernama melaporkan Anwar bertegas tidak mahu menyaman WSJ,kerana akhbar itu telah meletakkan perkataan ‘contingent‘yakni syarat-syarat perlu bagi pembebasan Palestin dan laporan yang dikeluarkan WSJ itu adalah tepat seperti mana yang beliau maksudkan.



Di dalam artikel Malaysiakini di atas itu, Anwar kata kenyataannya pada WSJ itu adalah selari dengan pandangan Hamas dan Fatah, betul ke apa yang dicakap Anwar Belit ini.

Maknanya, Hamas dan Fatah bersetuju dengan pandangan Anwar mahu mempertahankan keselamatan musuhnya, Israel.

Betul ke, Hamas dan Fatah yang berperang dengan Israel dengan ribuan rakyatnya manjadi korban Yahudi, tetapi pada masa sama mahu mempertahankan Israel. Adakah ini yang dikatakan oleh Anwar sebagai berkongsi pandangan? Tak masuk akal langsung.

Anwar juga berkata dia tidak akan menyaman WSJ. Itu memang sudah dijangkakan daripada dahulu lagi, kerana kita tahu sejak azali lagi bahawa Anwar lebih sayang tali persahabatan dia dengan Yahudi dan duit Yahudi daripada hubungan dengan rakyat Palestin yang seagama.

Pada Anwar, ribuan nyawa rakyat Palestin yang melayang akibat kezaliman Israel itu tidak penting berbanding, pengaruh dan duit Yahudi yang dikejarnya merata dunia tu lebih-lebih lagi PRU13 tak lama lagi ni.


“Tok guru terima dan faham pendirian saya. Saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dalam soal Israel.Saya jelaskan jangan ada salah tafsir tentang pengiktirafan Israel. Ia tidak berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipenuhi,” katanya.

Katanya syarat itu ialah pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, iktiraf Baitulmaqdis.

“Tok Guru mendengar…Pendirian PAS berbeza..mereka tidak menerima sebarang syarat perundingan dengan Israel”, kata Anwar seperti dilaporkan Malaysian Insider. 
 
***.......dan nik aziz pun terima bulat-bulat apa yang keluar dari mulut anwar yang terkenal dengan 'kepetahan' dan 'kebijaksanaan' di dalam memutarbelitkan kenyataan itu.......



TENGOK PULAK VIDEO DI BAWAH NI.....



SUMBER : Badut Rakyat

No comments: