Wednesday, 22 February 2012

BAI'AH CELAKA DUNIA AKHIRAT......!!!


Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.
Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

“Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Satu persoaalan yang na aku lontarkan pada PAS. Apa kah tindakan PAS sejak kebelakangan lebih teruk dari pada BN, tindakan anda mempertahankan perosak ugama dan bangsa dan menyingkirkan orang yg mempertahankan ugama bangsa itu betul, saya rasa PAS ni PARTI AJARAN SESAT. Bila berucap hadith meniti di bibir tapi lepas itu memaki hamun , percaya lah anda semua hanya jadi kuda tunganggan DAP dan anuar ibahim. Sampai masa anda semua di bontot kan aja