7 NGO Pulau Pinang Terlibat..!!!
GEORGETOWN: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan demonstrasi di sini, hari ini bagi membantah kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong Israel.
Demonstrasi yang berlangsung selama 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Kapitan Keling itu melaungkan perkataan seperti “Anwar Pengkhianat” dan “Hancur Israel”.
NGO berkenaan ialah Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Pulau Pinang, Persatuan Anak-anak Malaysia, Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang, Suara Anak-anak Malaysia, Persatuan Kebajikan Insan Mulia dan Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang.
Timbalan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Arshad Kassim, berkata kenyataan Anwar dilihat sebagai melawan arus dengan cuba menentang dasar negara yang mengecam rejim Zionis sejak sekian lama.
Naib Pengerusi Persatuan Anak Jati Melayu Islam negeri (PAJIM), Jaffar Osman, pula berkata sikap Anwar yang sering berubah pendirian itu tidak harus diterima sebagai kualiti atau sifat asas seorang pemimpin.
Anwar baru-baru ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemuramah akhbar The Wall Street Journal. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment